fbpx
Now Reading
Insiden Pengsan Di Sekolah Bongkar Kisah Hitam Remaja Dirogol Bapa Sejak Berusia 11 Tahun

Insiden Pengsan Di Sekolah Bongkar Kisah Hitam Remaja Dirogol Bapa Sejak Berusia 11 Tahun

Suspek turut mengaku merogol mangsa sebanyak tiga kali sepanjang tempoh empat tahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perbuatan keji seorang lelaki yang merogol anak kandungnya sejak empat tahun lalu akhirnya terbongkar apabila remaja berkenaan pengsan semasa di sekolah.

Kejadian melibatkan pelajar tingkatan dua yang didakwa menjadi nafsu serakah bapa kandungnya itu difahamkan mula berlaku sejak mangsa berusia 11 tahun lagi.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 11.55 pagi daripada guru dan pelajar berkenaan.

Lebih mengejutkan apabila kali terakhir mangsa dirogol adalah malam sebelum dia pengsan di sekolah.

“Pada pagi semalam, mangsa pengsan di sekolahnya dan sebaik sedar, gurunya bertanyakan keadaannya sebelum remaja itu memberitahu dia menjadi mangsa rogol bapa kandungnya.

“Kejadian terbaharu pada 2 pagi semalam yang mana suspek yang berusia 39 tahun memasuki bilik mangsa dan merogolnya,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, semalam (1 Jun).

Ujarnya lagi, sejurus laporan itu diterima, pihaknya telah membuat tangkapan terhadap suspek yang bekerja sebagai tukang rumah di kawasan Hospital Tanah Merah, petang kelmarin.

Suspek mengaku rogol anak sebanyak 3 kali

Mangsa juga dikatakan tinggal bersama suspek dan ibu tiri serta empat saudara tiri lain. Selain itu, suspek turut mengaku merogol mangsa sebanyak tiga kali sepanjang tempoh empat tahun.

“Mangsa dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk menjalani pemeriksaan kesihatan serta mendapatkan rawatan dan hasil pemeriksaan mendapati kesan koyakan lama. Ujian saringan yang dibuat mendapati negatif dan suspek juga tiada rekod lampau.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 7 Jun ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan (KK),” ujarnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.