Subjek Integriti & Pencegahan Rasuah Harus Diterap Di Peringkat Sekolah Rendah

Kementerian Pendidikan seharusnya memperkenalkan subjek integriti dan pencegahan rasuah bermula pada peringkat sekolah rendah, kata Setiausaha Agung Parti Bangsa Malaysia (PBM), Nor Hizwan Ahmad.

Hal ini memandangkan proses memupuk kesedaran berkaitan isu rasuah pada peringkat kanak-kanak adalah lebih mudah berbanding orang dewasa.

Menurutnya lagi, sekiranya subjek ini hanya diwajibkan kepada pelajar pengajian tinggi (IPT), ia mungkin sudah terlambat.

“Dibimbangi mereka yang berusia lewat remaja atau awal 20-an, sukar untuk menerapkan nilai seperti menolak rasuah dan sekiranya mendapat markah yang cemerlang, ini tidak bermakna mereka akan menghindari dari gejala yang merosakkan ini.

“Ia hanya bermakna bahawa mereka mempunyai pemahaman teori mengenai subjek ini,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam (6 Jun).

Diwajibkan di semua IPT mulai tahun hadapan.

Terdahulu, PBM menerima baik pengumuman Jawatan Khas Kabinet Pencegahan Rasuah bahawa kursus Integriti dan Pencegahan Rasuah diwajibkan di semua institusi pengajian tinggi (IPT) mulai tahun hadapan.

Nor Hizwan turut berkata, seandainya pelajar di peringkat sekolah rendah diterapkan dengan mata pelajaran itu, mungkin mereka akan dapat menyerap segala nilai murni dan mengamalkan apa yang diajar sepanjang hayat mereka.

“Selain reformasi institusi, satu elemen penting dalam memerangi rasuah ialah mengubah minda rakyat, yang mana sesetengah lapisan masyarakat masih berasakan rasuah adalah sebahagian daripada ‘budaya’ atau amalan yang ‘boleh diterima’.

“Mengubah ini memerlukan kita mempunyai rancangan jangka panjang yang merangkumi kempen pendidikan awal mengenai gejala rasuah,” ujarnya.

Sebelum ini, kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia bagi tahun 2021 merosot ke kedudukan 62 berbanding tangga ke 57 pada 2020.

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

Majikan Kecewa, Staf Baru Tak Dapat Datang Kerja Dengan Alasan ‘Ayah Tak Dapat Hantar’

Pekerja itu juga turut menolak cadangan menggunakan pengangkutan awam kerana ibunya tidak pernah membenarkan berbuat…

9 mins ago
  • Dunia
  • Trending

AstraZeneca Tarik Semula Vaksin COVID-19 Keluarannya Di Seluruh Dunia

Menurut AstraZeneca, pihaknya juga akan meneruskan untuk menarik semula kebenaran pemasaran vaksin Vaxzeria di Eropah.

27 mins ago
  • News
  • Trending

Tular Video Kaunter Banjir Kerana Syiling Bocor, Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ KL Ditutup Sementara

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy kerja baik pulih akan dilakukan di…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Cermin Kereta Safiq Rahim Pecah Diketuk Tukul Besi, JDT Arah Pemain Berhati-hati

Pihak polis juga kini sedang giat mengesan suspek yang memecahkan cermin kereta pemain skuad Harimau…

2 hours ago
  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

18 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

18 hours ago