fbpx

Selamba Buang Air Kecil Di Sempadan Malaysia-Singapura, Dua Individu Diburu Polis

Perbuatan itu adalah berkelakuan tidak senonoh di tempat awam mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dua lelaki sedang dicari oleh pihak polis selepas tular foto mereka berkelakuan tidak senonoh dengan membuang air kecil di bawah sebatang pokok berhampiran Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) Tanjung Kupang, Johor, semalam (13 Jun).

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat ariffin berkata, semakan mendapati kejadian berlaku pada pukul 11.11 pagi  di laluan masuk kenderaan ringan dari Singapura ke Malaysia.

“Pada waktu itu adalah waktu berlakunya kesesakan aliran lalu-lintas kenderaan dari Singapura ke Malaysia.

“Jarak dari tempat yang ditularkan ke tandas awam berdekatan adalah lebih kurang satu kilometer, yang mana sekiranya pemilik kenderaan meninggalkan kenderaan di bahu jalan dan berjalan kaki ke tandas awam akan menyebabkan kesesakan bertambah teruk,” katanya menerusi satu kenyataan.

Menurutnya lagi, dua orang lelaki tersebut sedang dikesan untuk di ambil keterangan daripada mereka.

“Perbuatan itu adalah berkelakuan tidak senonoh di tempat awam mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100.

“Pemantauan akan dibuat agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi,” ujarnya lagi.

Semalam, gambar yang tular di laman sosial Facebook itu menunjukkan dua lelaki sedang membuang air kecil di bawah sebatang pokok di lokasi berhampiran KSAB.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.