fbpx
Now Reading
YouTuber Tarik Tudung Wanita Ditahan, Sudah Dituduh Di Mahkamah
YouTuber Tarik Tudung Wanita Sudah Ditahan & Didakwa

YouTuber Tarik Tudung Wanita Ditahan, Sudah Dituduh Di Mahkamah

YouTuber yang tular dengan video menarik tudung dua wanita itu ditahan pada Selasa (5 Julai), sekitar jam 730 malam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tular kerana mencetus kontroversi dengan menghasilkan video ‘prank’ tarik tudung wanita Islam di media sosial, seorang lelaki yang juga YouTuber telah didakwa di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur pada Rabu, 6 Julai.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintenden Ashari Abu Samah dalam satu kenyataan berkata, pemuda berusia 24 tahun itu ditahan pada 7.30 malam 5 Julai lalu, berikutan laporan polis yang diterima pihaknya pada hari yang sama.

Video buat orang ramai tidak senang

Jelasnya, laporan tersebut berkait klip video YouTube tular yang memaparkan tudung dua wanita ditarik sehingga membuatkan rasa tidak selesa orang ramai.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan/ Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).

“Bertindak atas maklumat, pada 5 Julai, pihak polis telah menahan satu lelaki bagi membantu siasatan.

“Suspek telah dituduh dibawah Seksyen 14 Akta 336 di Mahkamah Majistret pada hari ini (6 Julai),” jelasnya lagi.

Menurut PDRM, bagi pertuduhan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil, mana-mana individu yang menggunakan perkataan-perkataan yang kurang sopan, mengugut atau menghina atau menampalkan atau melekatkan atau mempamerkan sebarang kertas bertulis atau lukisan yang kurang sopan mengugut aib atau menghinakan dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM100.

Nasihat orang ramai jangan buat konten yang datang kegusaran masyarakat

Dalam masa sama, Ashari turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang rakaman serta penyebaran konten video yang boleh mendatangkan kegusaran dan menyentuh sensitiviti masyarakat di masa akan datang.

Tampil mohon maaf

Sebelum ini, Youtuber lelaki itu yang dikenali sebagai Nick telah tampil meminta maaf di atas tindakannya memuat naik video ‘prank’ tarik tudung dua wanita itu di laman YouTubenya.

Permohonan maaf itu dilakukan selepas dia teruk dikecam ekoran dari penularan video kontroversi itu.

Namun segala alasan dan penjelasan yang diberikan tidak diterima masyarakat apabila ramai berterusan mengecamnya dan menganggap Nick biadap disebabkan tidak menghormati wanita muslimah hingga berani menghasilkan konten sampah itu.

Baca artikel berkaitan:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.