fbpx
Now Reading
Disyaki Rogol Remaja 14 Tahun, Penceramah Bebas Direman 5 Hari
Pencerama bebas direman lima hari disyaki merogol remaja 14 tahun

Disyaki Rogol Remaja 14 Tahun, Penceramah Bebas Direman 5 Hari

Mangsa yang berkenalan dengan penceramah tersebut sejak Mei tahun lalu turut melakukan beberapa kali hubungan seksual.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang penceramah bebas yang bergelar ustaz telah diberkas polis semalam (18 Julai) kerana disyaki terlibat dengan kes rogol seorang remaja perempuan berumur 14 tahun.

Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi Subramaniam, penceramah yang berusia dalam lingkungan 30-an itu telah diberkas di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Selangor pada pukul 4.50 petang.

Penceramah bebas direman lima hari

Jelas beliau, suspek turut direman selama lima hari bermula hari ini, Selasa (19 Julai) sehingga Sabtu bagi membantu siasatan.

“Kebenaran reman itu diperoleh dari Mahkamah Majistret Sungai Besar bagi membolehkan siasatan lanjut ke atas suspek dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” jelas Sasikala Devi.

20 tahun penjara dan boleh dikenakan sebatan jika bersalah

Sekiranya disabit kesalahan untuk dua seksyen tersebut, masing-masing membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan.

Beliau berkata, laporan berkaitan insiden itu sudah diterima pihaknya daripada remaja perempuan berkenaan pada pukul 11.15 malam, 16 Julai lepas.

Mangsa kenal suspek sejak Mei tahun lepas, sudah beberapa kali lakukan hubungan seksual

Tambah beliau lagi, hasil daripada siasatan mendapati remaja perempuan itu telah berkenalan dengan suspek tersebut sejak Mei tahun lepas (2021).

“Bermula daripada perkenalan itu, pengadu dan suspek beberapa kali melakukan hubungan intim dibeberapa lokasi berbeza.

“Setakat ini, empat kertas siasatan dibuka iaitu dua di Selangor, satu di Kuala Lumpur dan satu di Perak membabitkan pengadu sama,” jelasnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.