fbpx
Now Reading
Ibu Risau Enjin Kereta Tiba-Tiba Mati, Anak Tenang Hidupkan Enjin Gaya Pomen [Video]

Ibu Risau Enjin Kereta Tiba-Tiba Mati, Anak Tenang Hidupkan Enjin Gaya Pomen [Video]

Hasil sentuhan wayar antara relay dan juga bateri kenderaan menyebabkan kereta itu berjaya dihidupkan semula.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rata-rata pemilik kereta pasti pernah berdepan masalah di mana enjin kenderaan sukar dihidupkan atau mati secara tiba-tiba mati.

Bagi yang tidak begitu mahir mengenai enjin kereta, perkara yang akan terlintas di fikiran adalah meminta bantuan daripada orang yang lebih arif seperti mekanik.

Namun lain pula halnya dengan satu video yang tular ini di mana seorang kanak-kanak lelaki sudah pandai menghidupkan enjin kereta milik ibunya hanya dengan menggunakan satu wayar sahaja.

Hidupkan enjin guna satu wayar

Menerusi video tular tersebut, kanak-kanak berkenaan dilihat membantu menghidupkan enjin kereta dipercayai milik ibunya dengan penuh bergaya seperti seorang pomen (mekanik).

Kenderaan jenis MPV Toyota Estima generasi kedua itu dikatakan mempunyai masalah sukar untuk dihidupkan.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok @awpck, kelihatan kanak-kanak lelaki itu menggunakan wayar yang disambungkan dengan relay dan juga bateri kenderaan tersebut.

@awpck

kejadian masa nk ambil adik dia umh bby sitter.. 😌😌.. terkejutt luar biasa ibu tgk kau dikmok.. 🥲🥲

♬ bunyi asal – mrsayue89 – mrsayue89

Hasil sentuhan kedua-dua belah wayar yang dilakukan oleh kanak-kanak yang dikenali sebagai Dekmo itu menyebabkan berlakunya spark (percikan api) sekaligus menghidupkan enjin kereta Toyota Estima itu.

“Risau kereta mati tak hidup, lepas itu dia cakap takpa Dikmok boleh tengokkan ibu,” tulis kapsyen di dalam video.

Menerusi kapsyen video yang dimuat naik, kejadian itu dikatakan berlaku ketika ibu Dekmo sedang mengambil adiknya yang berada di rumah pengasuh.

Melihat di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial teruja dengan kehebatan kanak-kanak itu menghidupkan enjin kereta dengan hanya mengguna satu wayar sahaja.

Kredit gambar: TikTok awpck

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.