fbpx
Now Reading
Berdepan 11 Pertuduhan Ganguan Seksual, Ustaz Ebit Lew Akan Dibicarakan Esok

Berdepan 11 Pertuduhan Ganguan Seksual, Ustaz Ebit Lew Akan Dibicarakan Esok

UEL berdepan 11 pertuduhan antaranya membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita menerusi aplikasi WhatsApp.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Aktivis dan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) akan dibi­carakan di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah atas pertuduhan gangguan seksual bermula esok (26 Sept) hingga 30 September ini.

Menerusi laporan Awani, Ebit Lew atau nama penuhnya Ebit Irawan Ibrahim Lew berdepan 11 pertuduhan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan antaranya membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita menerusi aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lepas.

Jika disabit kesalahan, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pebicaraan tersebut akan didengari oleh Majistret Nur Asyraf Zolhani manakala pasukan pendakwaan terdiri dari Timbalan Pendakwa Raya Azreen Yas Mohammad Ramli dan Adibah Saiful Bahari.

UEL pula akan diwakili barisan peguam Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut, Kimberly Ye Wanchuin dan Chen Wen Jye.

Sebagai info, Ebit Lew pada Februari 2022 mengaku tidak bersalah atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual. Dia kemudian dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.

Majistret Nur Asyraf Zolhani yang mendengar pertuduhan kemudiannya menetapkan 20 hingga 23 April sebagai tarikh penyerahan dokumen manakala perbicaraan secara tentatif akan ditetapkan pada Jun depan.

Ebit Lew yang ditemui media kemudiannya menafikan tuduhan berkenaan dan menyifatkannya sebagai tidak berasas dan seolah-olah mahu menjatuhkan kredibilitinya agar berhenti daripada melakukan kerja-kerja amal.

“Saya melihat pertuduhan ini satu pertuduhan yang tidak berasas, melampau dan memang tujuan utamanya saya nampak untuk menjatuhkan kredibiliti saya dan supaya saya nampak saya dihina, direndahkan dan supaya saya menghentikan kerja-kerja membantu. Saya yakin dan percaya perkara ini sesuatu yang sudah dirancang oleh sekumpulan individu dan ia bukan dirancang dalam sehari dua.”

Ustaz Ebit Lew

Baca artikel berkaitan :

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.