fbpx
Now Reading
Koperal Maut Kemalangan, Tak Kesampaian Tengok Anak Demam

Koperal Maut Kemalangan, Tak Kesampaian Tengok Anak Demam

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan kaki.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hasrat seorang bapa ingin pulang ke rumah setelah mengetahui anaknya demam tidak kesampaian apabila dia terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 217.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan berhampiran Alor Gajah awal pagi tadi (23 November)

Mangsa, Kamarul Arif Mat Noor, 32, seorang anggota polis berpangkat koperal di Balai Polis Putra Heights, Subang Jaya maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan kaki.

Kemalangan disebabkan lori tukar lorong ke laluan kiri jalan

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, nahas kira-kira pukul 1.30 pagi itu dipercayai berlaku apabila sebuah lori jenis Isuzu dipandu di lorong tengah secara tiba-tiba mengubah laluan ke lorong paling kiri.

“Mangsa menunggang motosikal jenis Honda RS150R yang berada di lorong paling kiri telah cuba mengelak ke kanan, tetapi terlanggar lori itu pada bahagian belakang sebelah kanan.

“Akibat pelanggaran, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan diserahkan kepada pihak Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat manakala kenderaan yang terlibat telah ditahan untuk pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

“Difahamkan mangsa baru tamat tugas pukul 12 tengah malam dan pulang ke Kampung Musai, Bukit Baru di sini setelah dimaklumkan anaknya demam,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Tambah Arshad, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati, keadaan jalan adalah lurus, tiga lorong manakala keadaan cuaca baik dan tidak hujan. Kedua-dua kenderaan terlibat dari arah yang sama iaitu dari arah Utara menghala ke Selatan,” jelasnya.

Seluruh warga polis Selangor ucap salam takziah

Sementara itu, menerusi satu hantaran di laman Facebook Polis Selangor, Ketua Polis Selangor, Dato Arjunaidi bin Mohamed, dan seluruh warga polis di negeri itu turut menyampaikan salam takziah serta doa al-Fatihah buat Allahyarham Kamarul Arif.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.