fbpx
Now Reading
Bapa Dakwa Belajar Hisap Dadah Daripada Anak Gara-gara Tertekan Bercerai Dengan Bekas Isteri

Bapa Dakwa Belajar Hisap Dadah Daripada Anak Gara-gara Tertekan Bercerai Dengan Bekas Isteri

Difahamkan, ladang kelapa sawit ECPI sudah beberapa kali diserbu namun para penagih tidak serik dan masih menjadikannya sebagai saranfg untuk mendapatkan bekalan dan menghisap dadah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siap sangka, pasangan anak dan bapa merupakan antara 48 individu yang ditahan dalam serbuan di Ladang Kelapa Sawit ECPI dekat Gurun, semalam (19 Januari).

Menurut laporan Awani, kedua-dua beranak itu ditahan ketika mereka sedang memasuki kawasan yang merupakan ‘port’ untuk mendapatkan bekalan dadah serta melepaskan gian ketagihan.

Belajar hisap dadah daripada anak sebab tertekan bercerai dengan bekas isteri

Ketika disoal siasat, bapa berusia 53 tahun itu mendakwa bahawa dia belajar menghisap dadah daripada anak lelakinya yang berumur 26 tahun akibat tertekan bercerai dengan bekas isterinya.

Ujar si bapa lagi, selepas bercerai dia tinggal bersama ibunya manakala anaknya itu tinggal bersama bekas isterinya dan mereka akan bertemu di ladang tersebut untuk melepaskan gian bersama.

Kedua-duanya penganggur, hanya minta duit untuk beli dadah

Jelasnya, mereka tidak bekerja dan dia hanya meminta wang daripada ibunya manakala anaknya pula akan meminta wang daripada bekas isterinya untuk mereka membeli bekalan dadah.

Sementara itu, dalam satu lagi serbuan di Ladang Kelapa Sawit Kampung Baru Lima, seorang warga emas juga antara yang ditahan selepas dia didapati mamasuki kawasan terbabit untuk mendapatkan bekalan dadah.

Datuk kepada lima cucu bagi alasan nak beli roti canai dalam ladang

Apa yang melucukan, alasan yang diberikan oleh datuk kepada lima cucu itu sememangnya tidak masuk akal kerana mendakwa kononnya dia ingin membeli roti canai dalam ladang tersebut.

Bagaimanapun, alasan yang diberikan oleh warga emas terbabit tidak diterima dan dia terus ditahan.

Ada yang bagi alasan tersesat dan sengaja masuk ladang untuk bagi nasihat kepada rakan

Selain warga emas itu, ada juga penagih lain yang ditahan memberi alasan mahu mencari isteri, rakan serta ada yang mengatakan mereka kononnya tersesat jalan.

Malah, salah seorang penangih yang ditahan juga mengatakan dia sengaja memasuki kawasan terbabit untuk memberi nasihat kepada rakannya agar menjauhi dan tidak menghisap dadah.

Seramai 48 penagih termasuk seorang wanita ditahan dalam operasi tersebut

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman berkata, dalam serbuan di dua ladang berkenaan seramai 48 penagih ditahan termasuk seorang wanita.

Kata Anuar, pihak polis telah berjaya merampas heroin seberat 26.15 gram (g) bernilai RM915 dan syabu seberat 1.2 g (RM120) dalam operasi tersebut.

Difahamkan, ladang kelapa sawit ECPI sudah beberapa kali diserbu namun para penagih tidak serik dan masih menjadikannya sebagai saranfg untuk mendapatkan bekalan dan menghisap dadah.

Kesemua mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 39A (1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.