KJ Tetap Dengan Pendirian Tak Akan Buat Rayuan Kepada MKT UMNO

Pada 28 Januari lalu, parti UMNO telah bertindak untuk memecat beberapa ahlinya termasuklah Khairy Jamaluddin (KJ) dan ia kerana terdapat pelanggaran disiplin di bawah perlembagaan parti tersebut semasa Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).

Berikutan dengan pemecatan beliau dari parti berkenaan, banyak parti politik lain yang mempelawa dirinya untuk menyertai parti mereka dan antaranya adalah parti gabungan iaitu Perikatan Nasional (PN).

Malah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyatakan mereka menawarkan KJ untuk bertanding di Negeri sembilan atas tiket PN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dan mencalonkan beliau sebagai Menteri Besar sekiranya menang.

Katanya, kepimpinan dan rekod perkhidmatan yang baik menjadi sebab utama mereka mempelawa Khairy untuk menyertai parti tersebut.

Baca artikel berkaitan: Miliki Rekod Baik, Peja Akui Berbincang Untuk Pelawa KJ Bertanding Di Negeri Sembilan

KJ sudah dapat surat pemecatan, tegaskan tak akan buat rayuan pada MKT UMNO

Terbaharu, KJ mengesahkan bahawa dia telah mendapat surat pemecatan dari pihak UMNO yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung parti berkenaan iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan.

Walau bagaimanapun, Khairy tetap dengan pendiriannya bahawa beliau tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berhubung pemecatannya itu.

“Tidak. Saya tak akan muncul (buat rayuan) sebab saya melihat cara dipecat pun tak betul. Sebenarnya, saya tak terima pemecatan saya sebab ia tidak dibuat mengikut proses yang betul.

“Tidak ada surat tunjuk sebab tak pernah dipanggil ke lembaga disiplin untuk beri keterangan dan untuk membela diri saya. Dalam mana-mana organisasi ia adalah perkara biasa.

“Natural justice (prosedur biasa) telah dinafikan terhadap diri saya. Di mata UMNO saya telah pun dipecat tapi bagi saya tidak, kerana ia tidak mengamalkan natural justice. Saya rasa ini bukan keputusan yang saya iktirad,” ujar mantan Menteri Kesihatan itu.

Jelasnya, pemecatan dengan tidak memberi peluang membela diri merupakan perkara yang tidak betul.

Khairy terima banyak pelawaan, pertimbangkan semua untuk berlaku adil

Menjawab berhubung pelawaan Faizal Azumu atau dikenali sebagai Peja untuk bertanding atas tiket PN pada PRN nanti, KJ mengucapkan terima kasih untuk tawaran tersebut.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Peja, sahabat baik saya. Dah tentu mana-mana tawaran yang serius seperti yang disebut oleh Peja mesti saya pertimbangkan.

“Ini bukan satu-satunya yang saya terima. Untuk berlaku adil dah tentu saya pertimbangkan. Tapi cuma kesesuaian masa sahaja kerana saya ada banyak benda nak dilakukan.

“Saya sibuk dengan macam-macam inisiatif baru saya sedang buat. Jadi saya kena fikir sama ada nak masuk semula politik serta merta atau ambil masa sedikit,” jelasnya.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

12 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

13 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

14 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

14 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

16 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

16 hours ago