Sembunyikan Ratusan Bilion Di Luar Negara, SPRM Siasat Bekas Menteri Kewangan

Seorang bekas Menteri Kewangan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung Pandora Papers yang mendedahkan mengenai penyimpanan harta di luar negara berjumlah ratusan billion ringgit.

Menurut laporan Berita Harian, bekas Menteri berkenaan sudah diambil keterangan untuk siasatan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Siasatan dibuat kerana kekayaan yang luar biasa beberapa individu

Difahamkan, siasatan dilakukan susulan kekayaan yang luar biasa dimiliki beberapa individu termasuk bekas Menteri dan orang kenamaan lain serta ahli keluarga mereka, selain kaitannya dengan syarikat luar pesisir di luar negara.

Selain itu, SPRM juga menyiasat kemungkinan kewangan yang dimiliki adalah hasil daripada tender dan projek kerajaan, namun tiada pembekuan aset dilakukan oleh SPRM setakat ini.

Untuk info, Pandora Papers menyebut kira-kira 12 rakyat Malaysia termasuk empat ahli politik di antara puluhan ketua negara kerajaan dan pemerintah dari serata dunia yang didapati menggunakan tempat perlindungan cukai luar pesisir untuk menyembunyikan aset bernilai ratusan juta dolar sepanjang 25 tahun lalu.

Anwar pernah cadangkan untuk bahas pendedahan Pandora Papers

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Ketua Pembangkang pernah mencadangkan untuk membahas pendedahan Pandora Papers.

Pada sesi Parlimen 2021, Anwar berang serta menuduh Speaker Dewan Rakyat ketika itu sengaja menolak usul terbabit selain mendakwa Datuk Azhar Azizan bertindak sebagai ‘peguam bela’ kepada pemimpin politik dan ahli perniagaan yang dikaitkan dalam laporan itu.

Jumlah wang dari Malaysia disimpan di luar negara cecah ratusan bilion

Ujar Anwar, pendedahan Pandora Papers perlu dilakukan dan dibahas dengan segera kerana wujud dakwaan yang mengatakan jumlah wang dari Malaysia yang disimpan di luar negara mencecah ratusan bilion ringgit.

Jelasnya lagi, ia bukan sahaja membabitkan Pandora Papers, malah ia juga melibatkan laporan Global Financial Integrity (GFI) 2012 serta pendedahan Panama Papers pada 2015.

GFI dan Panama Papers antara lain mendedahkan pengaliran wang serta negara secara haram ke luar negara berjumlah RM1,800 bilion sejak 2004 hingga 2015.

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

3 hours ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

4 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

4 hours ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

6 hours ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

7 hours ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

8 hours ago