Kaitkan Perarakan Women’s March Dengan LGBT, MP Kuantan Tarik Semula Kenyataan Di Parlimen [Video]

Sejak akhir-akhir ini, tular di media sosial tentang satu perhimpunan Women’s March 2023 di sekitar Kompleks Sogo serta Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Perarakan tersebut yang diadakan bersempena dengan Hari Wanita 2023, bagaimanapun mencetuskan kontroversi apabila ada segelintir peserta yang menghadiri perhimpunan tersebut dilihat membawa plakad menyokong golongan songsang seperti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).

Antara plakad yang didakwa netizen agak melampau adalah ‘End Trans/Home Phobia’ selain bendera ‘pelangi’ yang dibawa oleh beberapa individu.

Foto: Malay Mail

Baca artikel berkaitan: Isu Perhimpunan Women’s March, Menteri Agama Arah JAWI Kerjasama Dengan PDRM Untuk Siasat

YDP Dewan Rakyat mengakhiri perdebatan antara MP Beruas & Kuantan Mengenai Women March

Tidak hanya dibahaskan di media sosial, isu tersebut kemudiannya melarat ke Parlimen hingga mencetuskan perdebatan di antara Ahli Parlimen Beruas (kerajaan) dan Ahli Parlimen Kuantan (pembangkang).

Ianya selepas Ahli Parlimen Kuantan Wan Razali Wan Nor (Kuantan-PN) mendakwa perhimpunan bersempena Hari Wanita 2023 tersebut ada kaitan dengan gerakan LGBT.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul kemudiannya terpaksa campur tangan bagi mengakhiri pertelingkahan kedua-dua mereka.

Johari bertanya adakah pasti perarak itu melibatkan LGBTQ kepada MP Kuantan

Semasa bersidang di dewan, Johari Abdul telah bertanya kepada ahli parlimen Kuantan berkenaan adakah dia yakin bahawa perarakan itu adalah untuk golongan LGBT tetapi Wan Razali tidak dapat memberikan kepastian.

“Saya dengan di Chamber (bilik) tadi, adakah Kuantan (Wan Razali) pasti Women’s March itu adalah (perhimpunan) LGBT?

“Yang lain diam dulu, saya nak dapat jawapan beliau terlebih dahulu, itu saja. Are you sure (Adakah kamu pasti?) Saya nak tanya kalau pasti kata pasti, kalau tidak kata tidak.

“Adakah perarakan itu adalah (perarakan) LGBT atau (perarakan) Women?,” tanya Johari.

Wan Razali jawab ‘ya’ sebelum tarik semula kenyataan mengenai perkara tersebut

Ahli parlimen Kuantan itu mulanya menjawab ‘ya’ sebelum berkata tidak pasti dan menarik kenyataan tersebut sebaik sahaja Johari menyatakan beliau akan membuat semakan berhubung isu terbabit dan akan mengambil tindakan jika ia tidak benar.

“Anda jawab pasti, sekiranya saya semak dan ia menunjukkan sebaliknya, kamu akan dikenakan tindakan,” ujarnya.

Terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) agar bekerjasama dengan pihak polis untuk menjalankan siasatan berkaitan isu terbabit.

“Selaku pihak berkuasa agama di Wilayah Persekutuan, JAWI tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam serta undang-undang yang sedang berkuatkuasa.”

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

9 hours ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

11 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

11 hours ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

12 hours ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

13 hours ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

14 hours ago