fbpx
Now Reading
Isu Perhimpunan Women’s March, Menteri Agama Arah JAWI Kerjasama Dengan PDRM Untuk Siasat

Isu Perhimpunan Women’s March, Menteri Agama Arah JAWI Kerjasama Dengan PDRM Untuk Siasat

Terdahulu, pihak polis mengesan seramai hampir 150 individu yang terlibat dalam perhimpunan Women’s March itu yang turut dihadiri ahli politik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai satu perhimpunan dan perarakan Women’s March 2023 yang diadakan sekitar Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Meskipu ianya diadakan sempena Hari Wanita 2023, netizen mendapati ada dikalangan peserta yang hadir turut mendukung amalan seks songsang.

Selain memegang plakad dengan ayat seperti ‘Police Your Behaviour Not My Body’, ‘Reduce Reuse Respect Women’ yang dilihat relevan, ada juga yang memegang sepanduk ‘End Trans/Homo Phobia’ serta membawa bendera ‘pelangi’ yang sinonim dengan golongan itu.

Polis kemudiannya memaklumkan telah membuka kertas siasatan berhubung pengajuran perhimpunan itu.

Terhabaru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) agar bekerjasama dengan pihak polis untuk menjalankan siasatan berkaitan isu terbabit.

Menurutnya, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menerima laporan serta maklum balas daripada orang ramai berhubung perhimpunan dan perarakan berkenaan.

“Selaku pihak berkuasa agama di Wilayah Persekutuan, JAWI tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam serta undang-undang yang sedang berkuatkuasa,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini (14 Mac).

Semua pihak dinasihati sentiasa akur dan menghormati kedudukan Islam

Dalam pada itu, Mohd Na’im juga menasihati agar orang ramai sentiasa akur dan menghormati kedudukan Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menasihatkan semua pihak agar akur dan menghormati kedudukan Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Apa-apa usaha untuk mempromosi serta menormalisasikan gaya hidup songsang yang bercanggah dengan nilai Islam dan fitrah insan adalah tidak boleh diterima sama sekali,” katanya lagi.

Polis kesan hampir 150 individu termasuk ahli politik yang terlibat dalam perhimpunan Women’s March itu

Terdahulu, pihak polis mengesan seramai hampir 150 individu yang terlibat dalam perhimpunan dan perarakan berkenaan yang dipercayai bermula di hadapan Kompleks Sogo ke Dataran Merdeka.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya berjaya mengesan perhimpunan terbabit sekitar pukul 10 pagi pada Ahad lalu (12 Mac), lapor Kosmo.

“Hasil daripada pemerhatian yang dibuat, kita dapati seramai lebih kurang 150 orang terdiri daripada aktivis hak asasi, mahasiswa dan ahli parti politik,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.