fbpx
Now Reading
Mahkamah Rayuan Kembalikan Pasport Zahid Hamidi Secara Kekal

Mahkamah Rayuan Kembalikan Pasport Zahid Hamidi Secara Kekal

Malah Zahid juga dibenarkan menyimpan pasport diplomatiknya secara kekal sekaligus membolehkannya ke luar negara tanpa kebenaran mahkamah meskipun masih berdepan dengan pertuduhan rasuah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini (27 Mac) membenarkan permohonan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan pasport antarabangsanya secara kekal bagi membolehkannya menjalankan tugas rasmi.

Malah dia juga dibenarkan menyimpan pasport diplomatiknya secara kekal sekaligus membolehkannya ke luar negara tanpa kebenaran mahkamah meskipun masih berdepan dengan pertuduhan rasuah.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri dari Datuk Hanipah Farikullah, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Lim Chong Fong sebulat suara hari ini membenarkan permohonan Zahid selepas Mahkamah Tinggi pada 3 Februari lalu menolak permohonan beliau untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal.

Hanipah yang mempengerusikan panel hakim berkata, pihaknya berpuas hati bahawa permohonan yang dibuat Ahmad Zahid mempunyai merit.

“Mahkamah sudah meneliti hujahan pemohon, oleh itu membenarkan permohonan ini,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob turut tidak membantah permohonan semakan yang dilakukan Presiden UMNO itu.

Peguam Zahid, Datuk Hisyam Teh Poh Teik bagaimanapun berkata, jaminan RM2 juta yang dikenakan mahkamah tinggi sebelum ini dikekalkan, lapor Berita Harian.

Sebagai rekod, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah pada Februari lalu hanya membenarkan pelepasan sementara dokumen bagi Zahid memohon pasport diplomatik di mana dia perlu menyerahkan semula kedua-dua pasport itu kepada mahkamah selepas segala urusan permohonan diplomatik selesai.

Pasport tersebut sebelum ini diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan tambahan selepas beliau didakwa atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi yang kini prosidingnya di peringkat pembelaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.