Bomba Dihalang Pemilik Kenderaan Alihkan Pokok Tumbang Hempap Keretanya

Kebiasaannya, kebanyakkan orang pasti memerlukan bantuan daripada Bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahan Awam (APM) dan sebagainya ketika berada dalam kesusahan atau masalah.

Pun begitu, lain pula cerita dengan seorang individu ini apabila dia bertindak menghalang anggota bomba daripada mengalihkan pokok tumbang yang menghempap kenderaannya di Jalan Anggerik Mokara, Kota Kemuning, malam semalam (28 Mac).

Halang Bomba alih pokok sebab nak tuntut kepada MBSA

Difahamkan, halangan dibuat pemilik kenderaan jenis Kia Forte itu dengan alasan dia mahu membuat tuntutan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Menurut Pengarah Bomba Selangor Morni Mamat, pihaknya terdahulu menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.15 malam mengenai bantuan atau khidmat khas berkaitan pokok tumbang.

Kata Morni, sebaik panggilan diterima sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dikerah ke lokasi kejadian bahi tunjuan mengalihkan pokok.

“Bomba yang cuba untuk membantu mengalihkan dahan pokok tersebut bagaimanapun dihalang oleh pemilik kenderaan.

“Alasan diberikan pemilik kereta itu adalah menunggu pihak MBSA hadir ke lokasi bagi tujuan tuntutan kepada pihak berkuasa tempatan itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo semalam.

Tiada mangsa terlibat, Bomba hanya alihkan dahan

Tegas beliau, tiada mangsa terlibat dilaporkan dan pihak bomba hanya mengalihkan dahan di sekitar kawasan tersebut sahaja.

Berkongsi lanjut, Morni berkata kes berkenaan diserahkan kepada Skuad Pantas MBSA untuk tindakan selanjutnya.

Recent Posts

  • Trending

“Pelik Tapi Benar” – Rakaman Cara Ular Panjat Pokok Raih Perhatian Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, reptilia itu juga dilihat sangat pantas memanjat pokok berkenaan meskipun tidak punyai…

37 mins ago
  • Trending

Wanita Mahu Calon Suami Bergaji RM9,000 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Kebanyakan wanita yang ditemu bual YouTuber berkenaan berpendapat lelaki perlu mempunyai pendapatan antara RM3,000 hingga…

2 hours ago
  • Trending

Lelaki Cuci Tempat Ambil Wuduk Yang Berlumut Sebelum Solat Raih Pujian Ramai [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan lelaki itu menukarkan beberapa kepala paip baharu di tempat mengambil…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Thailand Larang Nikah Bawah Umur Selepas Kes Lelaki Malaysia Kahwini Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun

Pihak berkuasa agama Thailand turut memerintahkan pasangan itu untuk menjalani 'mufaraqah' iaitu hidup berasingan suami…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Sekolah Akan Ditutup Jika Suhu Lebih 37 Darjah Celsius 3 Hari Berturut-Turut

Walau bagaimanapun, penutupan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.

5 hours ago
  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

19 hours ago