Mahu Selamatkan Hubungan, Farid Kamil Tawar Vellfire, Barang Kemas & Wang Tunai Pada Diana Danielle

Demi menyelamatkan rumah tangga yang dibina, pelakon terkenal Farid Kamil membuat kejutan dengan menawarkan hadiah berjumlah hampir RM400,000 kepada isterinya, Diana Danielle sebagai jalan perdamaian hubungan mereka.

Menurut Kosmo, Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari menerusi sekeping kenyataan media berkata tawaran tersebut diharapkan mampu melembutkan hati isterinya.

“Dengan setulus hati bulan Ramadan penuh berakah ini ingin menawarkan kepada isteri saya, Diana Daniella Danny Beeson tawaran seperti berikut sebagai usaha menyelamatkan keluarga yang amat saya sayangi.”

Farid Kamil tawar hadiah Toyota Vellfire kepada Diana

Ujar Farid Kamil, sebuah kereta Toyota Vellfire bernilai RM225,000 dan barang kemas bernilai RM10,700 akan ditawarkan kepada Diana.

“Sebuah kereta Toyota Vellfire bernilai RM225,000. Barangan kemas bernilai RM10,700. Wang pendahuluan nafkah (Mac-Jun) bernilai RM40,000. Bayaran balik tiket umrah yang sepatutnya adalah hadiah telah bertukar menjadi hutang yang bernilai RM44,000.

“Saya berharap dengan tawaran yang membawa kepada jumpa keseluruhan sebanyak RM319,700 ini mampu melembutkan hati isteri demi masa depan anak-anak kami,” katanya.

Foto: Kosmo

Farid Kamil hadir ke mahkamah bagi prosiding sulh hari ini

Hari in (11 April), Farid Kamil hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi prosiding sulh berhubung isu rumah tangganya bersama Diana Danielle.

Pun begitu, peguam syarie yang mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan anak guamnya tidak akan hadir bagi prosiding terbabit pada hari ini.

Apa itu SULH?

Untuk info, sulh adalah majlis perbincangan bersama antara pihak yang terlibat dalam suatu permasalahan membabitkan satu atau lebih tuntutan dengan dipengerusikan oleh pegawai sulh.

Sekiranya suatu persetujuan secara damai dapat dicapai dengan suka rela oleh kedua pihak, ia akan direkodkan oleh hakim sebagai satu perintah mahkamah tanpa melalui proses perbicaraan.

Diana Danielle failkan permohonan cerai pada bulan Mac lalu

Terdahulu, nama Diana Danielle menjadi bualan hangat peminat dunia hiburan apabila dia membuat permohonan cerai terhadap Farid Kamil pada awal bulan Mac lalu.

Permohonan cerai itu dilakukan oleh aktres wanita yang berusia 32 tahun itu pada awal Mac lalu kerana tiada lagi persefahaman di antara mereka dan berlaku shiqaq iaitu perbalahan berpanjangan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

ameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

3 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

4 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

5 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

6 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

7 hours ago