fbpx
Now Reading
2 Mi Segera Buatan Malaysia & Indonesia Dikesan Mempunyai Bahan Beracun, Mendorong Kanser

2 Mi Segera Buatan Malaysia & Indonesia Dikesan Mempunyai Bahan Beracun, Mendorong Kanser

Difahamkan etilena oksida yang dikesan pada produk buatan Malaysia itu terdapat pada kedua-dua mi dan peket perencah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jabatan Kesihatan Taipei, Taiwan semalam (24 April) mengumumkan dua jenis mi segera buatan jenama Malaysia dan Indonesia dikesan mengandungi bahan yang mendorong penyakit kanser.

Menurut Bernama yang memetik CNA, keputusan tersebut hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh jabatan berkenaan terhadap semua mi segera yang terdapat dalam pasaran di bandar tersebut.

Jabatan tersebut dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mendapati satu batch mi segera berjenama ‘Ah Lai White Curry Noodles’ dari Malaysia dan mi segera berjenama ‘Indomie: Special Chicken Flavour’ buatan Indonesia, mengandungi etilena oksida, sejenis sebatian kimia yang dikaitkan dengan penyakit limfoma dan leukemia.

Difahamkan etilena oksida yang dikesan pada produk buat Malaysia itu terdapat pada kedua-dua mi dan peket perencah manakala mi segera Indonesia pula hanya terkandung dalam peket perencah.

Sehubungan itu, jabatan kerajaan Taiwan tu telah mengarahkan peruncit agar menarik balik penjualan kedua-dua produk terbabit.

Agensi berkenaan turut mendenda pengimportnya NT$60,000 (RM8,600) hingga NT$200 juta (RM28.87 juta).

Pegawai Bahagian Makanan dan Ubat-Ubatan, Jabatan Kesihatan Taipei Chen Yi-ting berkata, pemeriksaan mi segera dilakukan dengan memilih secara rawak 30 produk dari pasar raya, kedai serbaneka, pasar raya besar, pasar basah tradisional, kedai makanan Asia Tenggara dan pengimport borong di bandar itu

Apa itu etilena oksida?

Menurut laman Biro Bahan Kimia dan Toksik bahawa Pentadbiran Perlindungan Alam Sekitar peringkat Kabinet, etilena oksida (Ethylene Oxide) adalah sebatian kimia yang beracun apabila dimakan atau dihidu.

Ia juga membahayakan kerana:

  • Memacu penyakit limfoma
  • Memacu penyakit Leukemia
  • Menyebabkan kerengsaan pada kulit dan mata yang terkena bahan terbabit
  • Berisiko menyebabkan kecacatan kelahiran serta keturunan.

Penggunaan bahan racun perosak ini dalam makanan juga tidak dibenarkan di Malaysia berdasarkan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Nor Hisham sebelum ini juga pernah menjelaskan bahawa racun perosak bersifat karsinogenik ini sering digunakan bagi menjalankan fumigasi atau pewasapan untuk membasmi makhluk perosak seperti serangga.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.