Kes Perbicaraan Ebit Lew, 436 Gambar Diperoleh Dari Telefon Bimbit Dihantar Ke Makmal Forensik

Seorang saksi kes perbicaraan pendakwah, Ebit Lew menyatakan sebanyak 436 gambar telah diperoleh daripada sebuah telefon bimbit jenis Samsung Galaxy A31 berhubung kes itu yang dihantar ke makmal forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut malaysiakini yang memetik Bernama, saksi ketujuh itu menyatakan perkara tersebut semasa di Mahkamah Majistret di Tenom, Sabah semalam (11 Mei).

Terdapat juga 4 rakaman video dan 219 tangkap layar dari telefon bimbit yang sama

Saksi ketujuh itu, iaitu Juruanalisis Kanan Audio Video PDRM ASP Latifah Abdul Aziz berkata, selain gambar terdapat juga empat rakaman video dan 219 tangkap layar yang diperolehi daripada telefon bimbit yang sama.

Kata Latifah, telefon bimbit yang disimpan dalam sampul surat berwarna putih itu telah dihantar ke makmal forensik PDRM Cheras Selangor pada 9 Ogos 2021 kira-kira 3.20 petang.

Pemeriksaan fizikal terhadap telefon bimbit dilakukan sebelum lakukan analisis

Beliau juga telah melakukan pemeriksaan fizikal pada peranti terbabit untuk memastikan tiada kerosakan dan berfungsi dengan baik sebelum membuat analisis.

“Saya menjalankan proses ‘extraction’ ke atas barang kes (telefon bimbit) dengan menggunakan perisian XRY dan mengenal pasti data yang diperlukan oleh pegawai penyiasat,” katanya dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad semalam (11 Mei).

Menurutnya lagi, selama kira-kira 3 jam diambil untuk membuat analisa kandungan yang terdapat dalam telefom bimbit itu sebelum menyalin data yang diperolehi itu ke dalam dua cakera padat (CD) PDRM yang dilengkapi dengan ciri keselamatan.

Jelasnya, satu CD itu tersimpan 436 gambar berserta empat video manakala satu lagi CD pula menyimpan 219 gambar tangkap layar daripada aplikasi perbualan WhatsApp.

4 video ditayangkan di mahkamah tidak mengalami sebarang pengubahsuian

Dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria, Latifah menyatakan hasil pemerhatian keempat-empat video yang ditayangkan di mahkamah tidak mengalami sebarang pengubahsuaian.

Hal ini kerana keempat-empat video daripada telefon bimbit yang dimainkan itu bergerak secara ‘frame by frame’ kerana video yang telah diubah suai akan mengalami satu situasi yang dikenali sebagai ‘jumping’.

Ebit Lew berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan wanita

Terdahulu, Ebit Lew berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan wanita dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa berusia 40-an menerusi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Kes tersebut dibicarakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

Recent Posts

  • Trending

Wanita Mahu Calon Suami Bergaji RM9,000 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Kebanyakan wanita yang ditemu bual YouTuber berkenaan berpendapat lelaki perlu mempunyai pendapatan antara RM3,000 hingga…

9 mins ago
  • Trending

Lelaki Cuci Tempat Ambil Wuduk Yang Berlumut Sebelum Solat Raih Pujian Ramai [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan lelaki itu menukarkan beberapa kepala paip baharu di tempat mengambil…

59 mins ago
  • News
  • Trending

Thailand Larang Nikah Bawah Umur Selepas Kes Lelaki Malaysia Kahwini Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun

Pihak berkuasa agama Thailand turut memerintahkan pasangan itu untuk menjalani 'mufaraqah' iaitu hidup berasingan suami…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Sekolah Akan Ditutup Jika Suhu Lebih 37 Darjah Celsius 3 Hari Berturut-Turut

Walau bagaimanapun, penutupan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.

3 hours ago
  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

17 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

1 day ago