fbpx
Now Reading
Ebit Lew Didakwa Di Mahkamah, Termasuk Tuduhan Seksual

Ebit Lew Didakwa Di Mahkamah, Termasuk Tuduhan Seksual

Difahamkan kawasan tersebut kini dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebaik berita mengenai UEL bakal didakwa tersebar sejak awal pagi tadi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pendakwah dan aktivis terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL), hari ini dihadapkan ke mahkamah di Tenom Sabah dipercayai membabitkan 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual.

Menerusi laporan FMT, UEL tiba di perkarangan mahkamah litar di pejabat daerah Tenom, sekitar jam 9 pagi sambil diiringi beberapa individu dipercayai pembantunya.

Difahamkan kawasan tersebut kini dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebaik berita mengenai UEL bakal didakwa tersebar sejak awal pagi tadi.

UEL sebelum ini menerusi perkongsian di media sosial memaklumkan beliau akan berada di Sabah selama 40 hari untuk kerja amal dan misi kemanusiaan.

Dalam perkembangan sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dijangka akan membuat satu sidang media sebaik proses pertuduhan selesail..

Beliau sekitar awal Februari lalu memaklumkan kertas siasatan terhadap UEL sudah di peringkat akhir.

Baca artikel seterusnya : Ebit Lew Mengaku Tidak Bersalah, Dakwa Pertuduhan Cuba Rendahkan Maruahnya

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.