fbpx

Akur Dengan Perintah Mahkamah, Caprice Padam Semua Hantaran Berkaitan UEL

Terdahulu, Ebit Lew telah memfailkan saman fitnah terhadap Caprice dan Mondy Tatto menerusi Tetuan Akberdin & Co pada 22 September yang lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 11 Oktober yang lalu, kami ada melaporkan yang pendakwah bebas Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali sebagai Ustaz Ebit Lew (UEL) telah berjaya memperolehi Perintah Injuksi Interim (Sementara) daripada Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor.

Perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah itu telah mengarahkan penyanyi rap Caprice dan TikToker terkenal Indonesia Mondy Tatto memadam video rakaman yang mempunyai kaitan dengan Ebit Lew.

Malah, Caprice dan Mondy juga tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan yang boleh mencemarkan reputasi UEL, keluarga dan rakan-rakannya.

Menerusi semakan kami setakat 11 Oktober, hantaran berkaitan UEL masih wujud menerusi laman sosial YouTube dan Instagram milik Caprice.

Baca Artikel Berkaitan: Ebit Lew Dapat Perintah Injuksi, Mahkamah Arah Caprice & Mondy Padam Video Podcast

Akur Dengan Perintah Mahkamah, Caprice Padam Semua Hantaran Berkaitan Ebit Lew

Namun, terbaharu, Caprice menerusi hantaran terkini yang dibuat di akaun Instagram miliknya menyatakan bahawa dia akur dengan perintah injuksi (sementara) mahkamah.

Menerusi hantaran tersebut, Caprice memohon maaf kerana terpaksa memadam kesemua hantaran berkaitan UEL di laman sosial YouTube dan Instagram miliknya itu.

“Minta maaf guys, Cap terpaksa padam posting-posting tentang kes UEL dan Mondy untuk hormat perintah injuksi interim Mahkamah Sesyen Shah Alam melalui platform secara e-review Hakim Sayani Binti Mohd Nor.

“Dalam perintah injuksi interim, Caprice kena padam semua posting yang ada kaitan dan tidak boleh langsung cakap pasal kes ini atau apa-apa kaitan dengan kes tersebut, atau pasal-pasal orang yang terlibat dalam kes tersebut secara directly (langsung), indirectly (tidak langsung) dalam apa-apa bentuk platform,” tulisnya lagi.

Mohon Maaf Kepada Semua, Akan Lawan Melalui Peguam

Menerusi hantaran itu juga, Caprice turut menyatakan bahawa dia tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan kes dan individu yang terlibat.

Malah, dia juga tidak boleh menjawab atau memberi sebarang komen khususnya yang berkaitan video fitnah yang tersebar di TikTok bagi mengikut perintah injuksi interim tersebut.

Namun begitu, penyanyi rap itu dilihat sekali lagi memohon maaf kepada pengikutnya dan berjanji akan melawan perkara ini menerusi peguam yang akan dilantik.

“Insya-Allah kebenaran tak boleh disembunyi no matter how hard they try. We will fight harder.

“Mohon maaf kepada semua mangsa-mangsa yang minta tolong Cap sebelum ini untuk ke depan dan bela mereka. Buat sementara ni, Cap tidak boleh buat apa-apa,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Hasil semakan kami pada pagi ini mendapati, video dan hantaran berkaitan UEL di laman sosial milik Caprice baik di YouTube ataupun Instagram milik Caprice telah dipadam.

Terdahulu, Ebit Lew telah memfailkan saman fitnah terhadap Caprice dan Mondy menerusi Tetuan Akberdin & Co pada 22 September yang lalu.

Ia susulan daripada satu pendedahan yang dibuat oleh penyanyi rap itu bersama Mondy tentang UEL menerusi video podcast The Mondy Tatto Interview pada 11 September yang lalu.

Ebit Lew sebagai plaintif mendakwa Caprice yang merupakan defendan pertama secara jahat telah menerbitkan video tersebut tanpa pengesahan daripada diri dan peguamnya.

Malah, rakaman video itu turut membawa maksud bahawa dia telah melakukan gangguan seksual dan mengambil kesempatan terhadap Mondy serta turut dianggap sebagai individu yang tidak bertanggungjawab dan penunggang agama.

Baca Artikel Berkaitan: “Boleh Percaya Ke?”- Netizen Ragu-Ragu Dengan Pendedahan Mondy Tatoo Tentang ‘Ustaz’ [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Ia Tiada Asas”- Ebit Lew Buat Laporan Polis, Dakwa Difitnah Melampau

Baca Artikel Berkaitan: “Ebit Lew, Cepat Sikit Hantar Surat Saman Tu” – Caprice

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.