fbpx
Now Reading
“Ebit Lew, Cepat Sikit Hantar Surat Saman Tu” – Caprice

“Ebit Lew, Cepat Sikit Hantar Surat Saman Tu” – Caprice

Caprice meminta agar surat saman segera dikeluarkan bagi membolehkan pihak Mondy untuk kembali menyaman pendakwah itu beserta bukti.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini kami ada melaporkan yang pendakwah selebriti, Ebit Lew tampil membuat satu laporan polis mendakwa dirinya telah difitnah secara melampau.

Difahamkan Ebit Lew membuat laporan berkenaan pada lewat malam tadi (17 September) di sebuah balai polis di Subang Jaya sebaik pulang dari Jeddah, Arab Saudi.

Tambah Ebit, dia kini menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa dan peguamnya untuk tindakan susulan.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, ramai percaya ianya ada kaitan dengan podcast wawancara antara rapper, Caprice dengan seorang influencer dari Indonesia, Mondy Tatoo yang sebelum ini pernah dibantu Ebit.

Baca artikel berkaitan: “Ia Tiada Asas”- Ebit Lew Buat Laporan Polis, Dakwa Difitnah Melampau

Baca artikel berkaitan: “Boleh Percaya Ke?”- Netizen Ragu-Ragu Dengan Pendedahan Mondy Tatoo Tentang ‘Ustaz’ [Video]

Caprice minta segerakan surat saman

Terbaharu isu tersebut menjadi semakin hangat apabila Caprice meminta pendakwah itu untuk segera menghantar surat saman.

Caprice menerusi satu posting di Instagram berkata, ianya bagi membolehkan pihak Mondy untuk kembali menyaman pendakwah itu beserta bukti.

“Salam Ebit Lew, kalau boleh cepat sikit hantar saman tu.

“Supaya pihak Mondy boleh saman balik sekali dengan bukti,” kata Caprice menerusi ruangan kapsyen.

Mondy nafi pernah bertemu isteri Ebit Lew

Menerusi muat naik sama, Caprice turut berkongsi satu video di mana Mondy membuat pendedahan mendakwa dia tidak pernah bertemu isteri Ebit Lew.

Ia dilihat tidak senada dengan kenyataan Ebit Lew yang sebelum ini memaklumkan influencer wanita itu ada belajar mengaji serta solat bersama isterinya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.