Jadi Kaya Dengan ‘Jual’ Rakan Senegara, Lelaki Warga Myanmar Ditahan Di Pulau Langkawi

Seorang tekong darat warga Myanmar yang berusia 23 tahun menjadi kaya hanya dengan ‘menjual’ rakan senegara bagi memenuhi permintaan majikan tempatan.

Lelaki tersebut dipercayai menjalankan aktiviti penyeludupan dengan menyeludup rakan senegaranya sejak beberapa tahun lalu.

Dia ditahan oleh pihak imigresen di Persiaran Bunga Raya, Kuah, Pulau Langkawi ketika sedang menghantar rakan senegaranya selepas menerima beberapa permintaan dari majikan.

Caj Dengan Kadar RM1,500 Seorang

Hasil siasatan mendapati lelaki itu masuk ke Malaysia secara sah menggunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) namun tidak pulang ke negara asal setelah pas tersebut tamat tempoh.

Malah, dia dikatakan ‘menjual’ rakannya dengan harga RM1,500 seorang untuk diseludup ke Pulau Langkawi sebelum dihantar ke tanah besar sekiranya terdapat permintaan.

Pada masa yang sama, lelaki itu juga dikatakan sedang mengumpul wang bagi membeli kad pengenalan warganegara (MyKad) palsu daripada sindiket.

Masuk Menggunakan Jalan Laut

Menurut Pengarah Imigresen Kedah, kesemua Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) warga Myanmar masuk ke Langkawi melalui jalan laut dengan menggunakan perkhidmatan tekong laut sejak beberapa minggu lalu.

Susulan daripada penahanan itu, enam lagi Pati yang terdiri daripada lima warga Myanmar dan seorang warga Pakistan turut ditahan dalam operasi yang sama.

Kesemua Pati ditahan di sebuah bilik sewa di Pantai Chenang dipercayai tempat pengumpulan Pati terbabit sebelum diseludup ke tanah besar.

Pati yang ditahan turut mempunyai salinan pasport dan PLKS palsu yang dihantar oleh ejen dari Myanmar.

“Salinan dokumen palsu diperoleh dengan bayaran RM150 setiap satu dan ia digunakan untuk mengaburi mata pihak berkuasa jika ditahan,” katanya.

Jabatan Imigresen Kedah turut menahan tekong darat yang terlibat membantu siasatan mengikut Seksyen 26A dan Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Seksyen 55E serta Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan semua Pati dibawa ke Bahagian Penguatkuasa Pejabat Imigresen Langkawi untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Baca Artikel Berkaitan: Baru 17 Tahun Dah Jadi Tekong, Polis Cekup Remaja Cuba Seludup 25 PATI Guna Vellfire

Baca Artikel Berkaitan: Usir PATI, Kerajaan Cadang Tawar Gaji RM2,400 Sebulan Buat Belia Kerja di Pasar Borong KL

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

12 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

26 mins ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

46 mins ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

52 mins ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

52 mins ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

1 hour ago