fbpx
Now Reading
Kes Pendaki Malaysia Maut & 1 Lagi Hilang Di Everest, ME2023 Akan Buat Post Mortem Elak Insiden Sama Berulang

Kes Pendaki Malaysia Maut & 1 Lagi Hilang Di Everest, ME2023 Akan Buat Post Mortem Elak Insiden Sama Berulang

Menurut Chef De Mission ME2023, post mortem akan dilakukan bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan beberapa pihak lain yang terlibat dalam ekspedisi terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekretariat Malaysia Everest 2023 (ME2023) akan melakukan ‘post mortem’ berhubung insiden menimpa dua pendakinya ketika misi menawan Gunung Everest baru-baru ini bagi mengenal pasti punca.

Chef De Mission ME2023, Tan Sri Dr. Salleh Mohd. Nor berkata, post mortem itu akan dilakukan selepas urusan membawa turun jenazah Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, dan misi mencari Muhammad Hawari Hashim, 35, selesai.

Post Mortem akan dilakukan bersama KBS dan pihak yang terlibat

Menurutnya, ‘bedah siasat’ itu akan dilakukan bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan beberapa pihak lain yang terlibat dalam ekspedisi terbabit.

“Perkara itu penting bagi memastikan insiden sama tidak berulang pada masa depan dan aktiviti lasak ini dapat diteruskan oleh generasi muda negara,” katanya yang dipetik Kosmo semalam (21 Mei).

ME2023 beri jaminan akan selesaikan dengan segera

Menurutnya lagi, ME2023 masih terkejut dan sedih dengan insiden yang menimpa dua pendaki terbabit dan memberi jaminan untuk menyelesaikannya sebaik mungkin dengan segera.

Kata Dr. Salleh, akitiviti mendaki puncak tertinggi dunia itu semestinya mempunyai risiko dan disiplin yang tinggi serta tahap kesihatan baik sebelum menyertai misi.

“Kami ingin merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham Awang Askandar dengan berita menyedihkan itu dan berharap mereka tabah dan sabar menunggu jenazah pulang ke kampung halaman di Sabah.

“Bagi ahli keluarga Muhammad Hawari pula, kami berharap mereka terus mendoakan keselamatan pendaki itu dan dapat dijumpai dengan selamat dalam masa terdekat,” katanya.

Seorang pendaki maut terjatuh dan seorang lagi hilang

Terdahulu, negara dikejutkan dengan khabar berita Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM), Awang Askandar yang disahkan maut selepas terjatuh pada ketinggian kira-kira 8,000 meter dari paras laut ketika melakukan pendakian ke puncak Gunung Everest pada pagi Jumaat lalu (19 Mei).

Seorang lagi pendaki, Muhammad Hawari Hashim yang juga orang kelainan upaya (OKU) pendengaran dilaporkan hilang dipercayai ketika menuju kem tiga, selepas berjaya menawan puncak Gunung Everest.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.