fbpx
Now Reading
Kerajaan Terengganu Siasat Video Tular Pelajar Menari Dalam Konsert Di Universiti [Video]

Kerajaan Terengganu Siasat Video Tular Pelajar Menari Dalam Konsert Di Universiti [Video]

Kerajaan negeri menjalankan siasatan berhubung video tular tersebut kerana bercanggah dengan garis panduan syariah yang ditetapkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan aksi sekumpulan pelajar lelaki dan wanita menari dalam sebuah konsert di satu universiti tempatan.

Susulan penularan video tersebut, orang ramai yang menonton memberi pelbagai reaksi terhadap kumpulan penuntut itu.

Kerajaan negeri Terengganu akan siasat

Susulan itu, kerajaan Terengganu memaklumkan sedang menjalankan siasatan berhubung video tular tersebut kerana bercanggah dengan garis panduan syariah yang ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu, Datuk Satiful Bahri Mamat berkata, kejadian itu tidak seharusnya berlaku apatah lagi ia dianjurkan sebuah institusi pendidikan tinggi.

“Kita sudah agih garis panduan syariah kepada semua jabatan (di Terengganu), jadi tidak sepatutnya ia (konsert) berlaku di universiti.

“Lagipun ini di bawah jawatankuasa yang sama dan saya sendiri selaku pengerusi dan Exco Pendidikan dan Pengajian Tinggi,” katanya dipetik Harian Metro

Pematuhan garis panduan syariah perlu diikut walaupun dalam kawasan persendirian

Menurutnya lagi, pematuhan terhadap garis panduan syariah yang disediakan masih perlu dipatuhi, meskipun konsert tersebut diadakan di kawasan persendirian.

“Saya rasa ia perlu ikut garis panduan yang sepatutnya walaupun dalam kawasan persendirian, ia masih lagi terikat dengan garis panduan dasar-dasar kerajaan negeri yang meletakkan asas syariah compliance (pematuhan syariah).

“Jadi, saya akan tanya balik dan semak semula macam mana sebab saya baru dapat maklumat ini,” katanya.

Tular di media sosial video pelajar menari dalam konsert di universiti

Terdahulu, tular satu video berdurasi 37 saat memaparkan sebuah konsert yang didakwa diadakan dalam dewan sebuah universiti di Terengganu.

Berdasarkan video tersebut, kelihatan suasana meriah dengan sekumpulan pelajar lelaki dan wanita sedang berjoget sakan di hadapan pentas.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.