Orang Ramai Boleh Bayar Tol Di 12 Lebuh Raya Guna Kad Debit & Kredit Bermula September

Mulai September ini, 12 lebuh raya di Malaysia dijangka akan mula mengadakan sistem pembayaran terbuka (open payment system) untuk tolnya.

Ini bermakna pengguna di semua lebuh raya terlibat dapat melakukan pembayaran tol menggunakan kad kredit dan debit sebaik ia dilaksanakan secara berperingkat.

Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, penggunaan sistem ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam peralihan ke arah pelaksanaan sistem kutipan tol secara ‘Multi-Lane Fast Flow’ (MLFF) yang sedang giat dilaksanakan secara berperingkat menjelang akhir 2024.

Peningkatan jumlah pemilik konsesi yang terlibat dilihat agak tinggi berbanding pengumuman Alexander Nanta pada Mac lalu iaitu hanya melibatkan lima lebuh raya.

Baca artikel berkaitan: Kad Debit & Kredit Boleh Digunakan Untuk Mod Pembayaran Tol Di 5 Lebuh Raya Bermula September Ini

Mahu mudahkan urusan pengguna lebuh raya

Tambah Alexander Nanta lagi, pelaksanaan ini juga bagi memudahkan urusan pembayaran serta melancarkan perjalanan pengguna lebuh raya.

“Perbincangan dengan pemilik konsesi lebuh raya telah bermula. Kebanyakannya juga bersetuju untuk mengimplementasikan sistem ini di plaza tol.

“Kami berharap, dengan adanya sistem pembayaran tol secara pembayaran terbuka ini, laluan trafik lebih lancar terutamanya pada kawasan kutipan tol,” katanya dipetik dari Kosmo.

Difahamkan 12 lebuh raya yang terlibat dalam persetujuan terbaharu ini ialah:

  • Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)
  • Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE)
  • Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya)
  • Lebuh Raya Baru Pantai (NPE)
  • Jambatan Pulau Pinang (JPP)
  • Lebuh Raya Butterworth – Kulim (BKE)
  • Lebuh Raya Damansara – Puchong (LDP)
  • Lebuh Raya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT)
  • Lebuh Raya Shah Alam (Kesas)
  • Terowong SMART
  • Lebuh Raya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX)
  • Lebuh Raya Duta – Ulu Klang (Duke)

Sebelum ini  kaedah pembayaran tol di kebanyakan lebuh raya hanya melibatkan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), kad Touch ‘n Go (TnG) dan SmartTag.

Malah dianggarkan terdapat lebih 20 juta kad TnG dalam edaran yang mewakili hampir 91% transaksi di 31 lebuh raya di seluruh negara.

Namun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemuramah dalam sebuah program ‘Temu Anwar’ pada Mac 2023 berkata, pihaknya akan memberikan perhatian berhubung isu monopoli membabitkan sistem pembayaran itu.

Menurutnya, TnG telah beroperasi lebih dari 20 tahun namun sistem yang digunakan masih tidak mempunyai sebarang kemajuan dalam hal berkenaan.


Recent Posts

  • Trending

Gagal Bakar Sarang Tebuan, Gelagat Bapa & Anak Lari Lintang Pukang Buat Ramai Terhibur [Video]

Melalui video tersebut, kedengaran lelaki warga emas itu memberikan arahan kepada anaknya untuk sama-sama membakar…

57 mins ago
  • News
  • Trending

Polis Buru Pemilik Akaun Media Sosial Timbulkan Kebencian Kepada Pemain Bola Sepak – Saifuddin

Menurut Menteri Dalam Negeri itu, pengendali akaun media sosial terbabit didapati mengulas setiap gerak geri…

1 hour ago
  • Info
  • Trending

Ini Penjelasan Doktor Tentang Asid Sulfurik Pekat Yang Banyak Digunakan Dalam Bahan Binaan

Jelas Dr Wan Syazli, asid sulfurik tidak sama seperti asid yang ada di rumah kerana…

2 hours ago
  • Trending

Majikan Kecewa, Staf Baru Tak Dapat Datang Kerja Dengan Alasan ‘Ayah Tak Dapat Hantar’

Pekerja itu juga turut menolak cadangan menggunakan pengangkutan awam kerana ibunya tidak pernah membenarkan berbuat…

2 hours ago
  • Dunia
  • Trending

AstraZeneca Tarik Semula Vaksin COVID-19 Keluarannya Di Seluruh Dunia

Menurut AstraZeneca, pihaknya juga akan meneruskan untuk menarik semula kebenaran pemasaran vaksin Vaxzeria di Eropah.

3 hours ago
  • News
  • Trending

Tular Video Kaunter Banjir Kerana Syiling Bocor, Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ KL Ditutup Sementara

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy kerja baik pulih akan dilakukan di…

4 hours ago