fbpx
Now Reading
Kad Debit & Kredit Boleh Digunakan Untuk Mod Pembayaran Tol Di 5 Lebuh Raya Bermula September Ini
tol boleh bayar guna debit dan kredit

Kad Debit & Kredit Boleh Digunakan Untuk Mod Pembayaran Tol Di 5 Lebuh Raya Bermula September Ini

Menurut Alexender, pelaksanaan sistem pembayaran terbuka ini merupakan inisiatif awal untuk mengawal peralihan arah sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang sedang diusahakan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemuramah dalam sebuah program ‘Temu Anwar’ telah menyatakan bahawa akan memberikan perhatian berhubung isu monopoli Touch ‘n Go (Tng).

Menurutnya, TnG telah beroperasi lebih dari 20 tahun namun sistem yang digunakan masih tidak mempunyai sebarang progress dalam hal berkenaan.

Boleh buat pembayaran terbuka guna kad debit dan kredit di beberapa lebuh raya

Terbaharu, beberapa lebuh raya bakal melakukan sistem pembayaran secara terbuka selewatnya menjelang September ini di mana pengguna jalan raya boleh membayar tol dengan hanya menggunakan kad debit serta kredit.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexender Nanta Linggi menerusi hantaran di Facebook maklumkan terdapat lima lebuh raya itu adalah Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie dan Jambatan Pulau Pinang.

“Pelaksanaan sistem pembayaran terbuka ini ialah antara inisiatif awal sebagai peralihan ke arah sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang sedang giat diusahakan.

“Dengan ini juga saya ingin maklumkan bahawa Proof Of Concept (POC) MLFF akan dijalankan sebelum penghujung Obtober 2023 bagi menilai sistem MLFF sebelum ianya dilaksanakan bagi kesemua lebuh raya di Malaysia.

“Lokasi POC ini sedang dalam rundingan dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,” ujarnya.

Pelaksanaan MLFF akan dilakukan berfasa, akan dikutip di seluruh negara

Menurut Alexender, pelaksanaan secara keseluruhan MLFF itu bakal dilakukan secara berperingkat selewat-lewatnya pada suku ketiga tahun 2024.

Jelasnya melalui MLFF, sistem pembayaran terbuka ini bakal dilakukan untuk kutipan tol di seluruh lebuh raya di negara.

Beri peluang kepada ramai pihak, tiada lagi monopoli TnG

Malah ia juga akan membuka peluang kepada lebih ramai pihak pemberi kemudahan e-wallet untuk turut sama, dan seterusnya tidak ada lagi monopoli oleh TnG.

“Dengan itu persaingan sihat akan wujud di antara pemain industri yang membuka lebih banyak pilihan kepada pengguna lebuh raya untuk membuat pembayaran tol sekaligus memberikan kemudahan kepada mereka.”

Katanya lagi, dia berharap agar inisiatif itu mendapat kerjasama dari semua pihak serta memberikan manfaat kepada semua khususnya rakyat dan pengguna lebuh raya di negara ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.