
Bijak Atau Gagal? Gaji RM13 Ribu Jadi RM23 Lepas Bayar Pinjaman Bank Cetus Perdebatan Ramai
Perkongsian tersebut telah menjadi perdebatan hangat di laman Twitter dan Facebook yang memberi pandangan mereka tersendiri mengenai cara individu berkenaan menguruskan kewangannya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dalam kehidupan yang kian mencabar ini dan ditambah pula keadaan ekonomi tidak menentu, kebanyakan orang pasti tidak dapat lari daripada dibebani hutang terutamanya daripada institusi kewangan seperti bank.
Antara hutang atau pinjaman yang paling tinggi diambil oleh rakyat Malaysia adalah loan kereta atau rumah dan juga kad kredit.
Tidak dinafikan, pinjaman yang dilakukan ini sememangnya mempunyai kebaikan jika diuruskan dengan sebaiknya, namun ia juga dapat memberi kesan buruk jika pengurusan wang tidak dikawal.
Gaji RM13,000 jadi RM23 dalam masa kurang sebulan
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial tangkap layar rekod transaksi seorang individu yang menunjukkan baki dalam akaun bank miliknya hanya tinggal RM23.98 daripada RM13,266 dalam masa kurang sebulan telah mengundang perhatian ramai.
Menerusi satu ciapan gambar di laman Twitter akaun @afyanIFP, difahamkan baki individu terbabit menjadi begitu setelah dia membayar semula pinjaman kad kredit dan kereta serta bayaran lain.
“23 Jun gaji masuk RM13,266.61. 7 Julai bayar hutang (kad kredit RM8,045.07, UOB RM4,082, tak pasti RM208). Hari ini (13 Julai) bayar hutang kereta RM910. Baki terkini RM23.98.
“Daripada gaji T20 tapi dalam masa kurang sebulan baki dah macam asnaf zakat, hanya untuk bayar hutang. Kenapa ia terjadi?? Habit atau mindset,” tulis lelaki itu.
Sebagai info, rekod transaksi tersebut bukanlah milik pengguna Twitter terbabit. Malah dia juga tidak pasti siapa pemilik asal sumber tersebut kerana ia sudahpun sohor di media sosial sebelum itu.
23 Jun, gaji masuk RM13,266.61
— Afyan Mat Rawi, IFP (@afyanIFP) July 13, 2023
7 Julai, bayar hutang:
Kad kredit 8,045.07
UOB RM4,082.00
Tak pasti RM209.00
Hari ini, bayar hutang kereta RM910.
Baki terkini hari RM23.98
Daripada gaji T20 tapi dalam masa kurang sebulan baki dah macam asnf zakat, hanya untuk bayar hutang.… pic.twitter.com/4fqHOpGdDD
Perkongsian terbabit ternyata mendapat perhatian ramai sekaligus meraih pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang memberi pendapat berbeza-beza mengenai hal tersebut.
Gagal urus kewangan, hidup dibebani hutang?
Segelintir pengguna beranggapan individu terbabit gagal dalam menguruskan kewangan kerana baki yang tinggal terlalu sedikit setelah menolak pinjaman daripada bank.
Selain itu, mereka turut mendakwa kehidupan pemilik akaun terbabit akan sentiasa dibelenggu dengan hutang.
Kurang kan penggunaan kad kredit. Utk hidup bebas hutang.
— KUKISHandMORE (@KUUKISHandMORE) July 13, 2023
T20 yang gagal..senang cite..
— izharul (@izharuLLICA74) July 13, 2023
Bijak urus kewangan, kad kredit jadi kegunaan harian?
Pun begitu, kebanyakan netizen pula menyifatkan individu tersebut bijak kerana melunaskan bayaran pinjaman kad kredit secara penuh untuk mengelak dikenakan interest (faedah) daripada pihak bank.
Selain itu, individu berkenaan juga dapat menikmati semula penggunaan kad kredit secara penuh kerana tiada tunggakkan hutang daripada pinjaman sebelumnya.
Duit masuk CC , cash stok siap2 utk personal cukup2 1 bulan, cash yg lain simpan kat tempat yg boleh profit as emergency. Bila member pm nak pinjam duit, guna alasan dah xda cash cukup sebab setel CC, tp still boleh enjoy dgn CC 😂
— Meck Ajaib (@siputsliding) July 13, 2023
Still untung i guess. Sebab dia dah takda hutang. Haha. Still ada kad kredit boleh pakai. Selamat dari scammer dah selamat dari pinjaman kawan2 yg tak nak bayar balik. 😂
— menahan diri (@MSazriman) July 13, 2023
Ada orang gunakan CC as debit then bayar full amount back so no interest, enjoy benefit cash back some more.
— Nur Atiqah (@ismeiqa) July 13, 2023
Ni rasanya daily expenses dia mmg pakai cc dia je ni. Bayar terus so that tak kena interest and dpt point reward/cashback/benefit lain
— asyraf fadzial (@arechurp57) July 13, 2023
Meskipun ramai beranggapan bahawa individu berkenaan bijak dan mempunyai strategi tersendiri dalam menguruskan kewangannya, kami tetap ingin menasihati orang ramai terutamanya golongan muda untuk bijak dalam berbelanja agar tidak dihimpit bebanan hutang yang tinggi.
Walaupun penggunakan kad kredit dapat memberi manfaat, tetapi ia juga boleh memberi kesan buruk sekiranya pinjaman yang dilakukan melebihi kemampuan bayaran balik pada setiap bulan.
Jadi, sentiasalah bijak dalam menguruskan kewangan seperti sentiasa mengutamakan keperluan berbanding kehendak diri.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: