fbpx
Now Reading
Anak Tendang & Hentak Kepala Bapa Guna Mangkuk Besi Lepas Berang Rangka Motor Dijual

Anak Tendang & Hentak Kepala Bapa Guna Mangkuk Besi Lepas Berang Rangka Motor Dijual

Menurut si bapa, selain menghentak kepala dengan mangkuk besi, anak lelakinya itu turut bertindak menumbuk dan menendangnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang anak tergamak menghentak kepala bapa dengan menggunakan mangkuk besi dari mesin pengisar adunan tepung (mixer) selepas berang rangka motosikalnya dijual.

Kejadian yang berlaku pukul 6.30 petang (21 Jun) di Kampung Bechah Keranji, Peringat, Kota Bharu itu turut menyebabkan bapa iaitu Zulkifli Mohamad, 54, mengalami kecederaan.

Dia kemudian menerima sebanyak tiga jahitan di bahagian dahi.

Tidak hanya menghentak kepala bapa, anak lelaki yang berusia 20 tahun itu turut bertindak menendang serta menumbuknya ketika mereka sedang berkelahi di dalam bilik.

Anak berang lepas dapati rangka motosikal tiada dalam stor

Dakwa bapa tersebut, anaknya mulai berang sebaik mendapati rangka motosikal jenis Modenas Kriss yang diletakkan di dalam stor kediaman mereka telah tiada.

Ujar Zulkifli, anaknya itu sebelum ini selalu menjual barangan yang ada di dalam stor tersebut seperti enjin motosikal serta sangkar kucing secara online, namun berang selepas bapa melakukan hal yang sama terhadap barangannya.

“Saya pernah memarahinya kerana sering menjual barangan di rumah ini. Apabila saya menjual rangka motosikal yang ada di dalam stor, dia pula marah dengan tindakan saya.

“Pada awalnya, dia marah sebelum menendang dan menumbuk saya. Dia kemudiannya bergegas keluar mengambil besi mesin pengisar adunan tepung lalu menghentak peralatan itu ke dahi saya,” ujarnya, dipetik Kosmo.

Minta tolong jiran hantar ke klinik selepas bergelut dengan anak

Selepas bergelut dengan anak, Zulkifli kemudian segera keluar dari kediaman untuk mendapatkan pertolongan daripada jiran agar menghantarnya ke Klinik Kesihatan Peringat.

“Anak perempuan jiran membantu menghantar saya ke klinik selepas melihat muka saya berlumuran darah.

“Selepas rawatan di Klinik Kesihatan Peringat, saya dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut sebelum dibenarkan pulang ke rumah kira-kira pukul 10 pagi tadi (22 Jun),” katanya.

Pernah bertelingkah sebelum ini, pihak polis sedang giat mengesan suspek

Menurut mangsa, mereka sebelum ini pernah bertumbuk kerana berlaku perselisihan faham tetapi ia tidak membawa kepada kecederaan yang serius.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd. Suhaimi Ali memaklumkan laporan berhubung kes melibatkan bapa dan anak itu telah diterima pihaknya dan polis kini sedang giat melakukan siasatan bagi mengesan suspek.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.