fbpx
Now Reading
Inspektor Sheila Berdepan 3 Pertuduhan, Ugut & Aibkan Kehormatan

Inspektor Sheila Berdepan 3 Pertuduhan, Ugut & Aibkan Kehormatan

Tertuduh yang dikenali sebagai Inspektor Sheila atau nama penuhnya Sheila Sharon Steven Kumar mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini tular di media sosial video memaparkan tindakan seorang pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ telah bertindak menghina dan mencemuh anggota lain yang berpangkat Lans Koperal.

Tidak hanya itu, wanita berkenaan turut bertengkar dengan orang awam di parkir sebuah pusat membeli belah dan mencemuh anggota polis lain di sebuah balai dipercayai di Balai Polis Sri Petaling Kuala Lumpur.

Susulan dengan penularan video tersebut, pegawai itu dilaporkan ditahan kerja pada beberapa minggu lalu untuk melengkapkan kes siasatan.

Baca artikel berkaitan: 8 Kertas Siasatan Dibuka, Saifuddin Sahkan ‘Inspektor Sheila’ Ditahan Kerja

Sheila mengaku tak bersalah, minta 3 pertuduhan dibicarakan

Hari ini (26 Jun), pegawai itu telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang bagi tiga pertuduhan iaitu ugut serta mengaibkan kerhormatan seorang anggota polis berpangkat lans korperal dan dua orang awam.

Walau bagaimanapun Inspektor Sheila atau nama penuhnya Sheila Sharon Steven Kumar mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan oleh Jurubahasa di hadapan Majistret Chai Guan Hock.

Dia turut meminta agar tiga pertuduhan itu dibicarakan.

“Saya tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan.. saya faham pertuduhan,” jelasnya, dipetik Astro Awani.

Didakwa ugut seorang wanita dan mengina anggota polis pangkat Lans Korperal

Bagi pertuduhan pertama pegawai PDRM itu telah didakwa melakukan ugutan kepada seorang wanita warga emas berusia 69 tahun dengan niat mendatangkan kegentaran kepada individu berkenaan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Sekiranya sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, Sheila juga didakwa telah bertindak menghina kesopanan seorang lelaki berumur 41 tahun dengan menyatakan “You tengok badan you, gemok, botak dan badak sumbu” di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Sheila mengaku tidak bersalah menyebut pangkat lans koperal dengan cara tidak wajar kepada Lans Koperal Abdul Arif Farhan Abdul Razak dengan maksud mengaibkan kehormatannya ketika di hadapan Majistret Nor Hafizah Rajuni, di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal telah menawarkan jaminan sebanyak RM8,000 kepada Sheila namun Anis Farhah Ahmad Hilmi memberi tawaran jaminan sejumlah RM3,000.

Dibenar ikat jamin sebanyak RM3,000 dan RM2,000

Majistret Guan Hock, lalu membenarkan tertuduh untuk dijamin sejumlah RM3,000 bersama seorang penjamin manakala Nor Hafizah mengenakan jaminan sebanyak RM2,000 kepada Sheila.

Dalam pada itu, peguam bela yang mewakili Sheila iaitu M Manoharan di dalam rayuan pembelaan meminta diringankan wang ikat jamin, memohon agar tertuduh diberikan wang ikat jamin yang rendah atau dilepaskan dengan bon tanpa jaminan.

Jelas peguam bela itu, tertuduh yang merupakan graduan dalam bidang Bahasa dan Linguistik di Universiti Malaya telah memulakan tugas sebagai PDRM pada tahun 2016.

Malah turut menyatakan bapa Sheila juga seorang anggota PDRM selama 39 tahun dengan pangkat terakhir sebagai Asisten Superintendan manakala adiknya juga turut berkhidmat dalam pasukan uniform sama.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.