fbpx
Now Reading
Padah Cuba Lari Dari Roadblock, Penunggang Motosikal Rempuh Kereta Kerana Lawan Arus [Video]

Padah Cuba Lari Dari Roadblock, Penunggang Motosikal Rempuh Kereta Kerana Lawan Arus [Video]

Menurut polis, lelaki tersebut bertindak demikian kerana tidak mempunyai lesen memandu selain cukai jalan motosikal telah tamat tempoh.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di media sosial satu rakaman ‘dashcam’ yang memaparkan cubaan seorang penunggang motosikal untuk melarikan diri daripada sekatan jalan raya membawa padah apabila dia terlibat dalam kemalangan.

Menerusi perkongsian video di media sosial, kelihatan penunggang terbabit melakukan pusing U dan melawan arus selepas mendapati ada sekatan jalan raya di hadapannya sebelum merempuh bahagian hadapan sebuah kereta.

Dalam video sama, turut kelihatan seorang anggota polis trafik berada berhampiran dengan kemalangan telah pergi ke arah penunggang tersebut.

Penunggang motosikal lari sebab tiada lesen dan cukai jalan tamat tempoh

Menurut polis, lelaki tersebut bertindak demikian kerana tidak mempunyai lesen memandu selain cukai jalan motosikal telah tamat tempoh.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya mengesan satu video tular sebuah motosikal cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya dengan cara melawan arus kelmarin (25 Jun).

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC dan sebuah kereta jenis Proton Persona sekitar pukul 6.17 petang kelmarin.

“Kejadian berlaku apabila suspek berpatah balik melawan arus lalu melanggar bahagian hadapan kereta yang datang dari arah sama,” katanya dalam satu kenyataan semalam (25 Jun).

Suspek alami luka kecil, dirawat di klinik berhampiran

Jelas Shafaaton, akibat kemalangan itu, suspek telah mengalami luka kecil dan telah mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.

“Kedua-dua pihak telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh. Kes disiasat dibawah seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya lagi.

Video Facebook

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.