fbpx
Now Reading
Tambah Pelaburan Di Malaysia, PM Anwar Bakal Jumpa Elon Musk Minggu Depan

Tambah Pelaburan Di Malaysia, PM Anwar Bakal Jumpa Elon Musk Minggu Depan

Menurut Anwar Ibrahim, CEO Tesla Motors itu meminta untuk beruding dengan dirinya bagi membincangkan kemungkinan komitmennya untuk menambah pelaburan di dalam negara ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ekonomi Malaysia dijangka akan bertambah kukuh dengan pengembangan pelaburan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, satu pertemuan di antara beliau dengan Elon Musk akan diadakan pada minggu hadapan bagi tujuan perbincangan pelaburan tersebut.

Elon Musk ingin berunding dengan Anwar, ingin tambah pelaburan

Menurutnya, CEO Tesla Motors itu meminta untuk berunding dengan dirinya bagi membincangkan kemungkinan komitmennya untuk menambah pelaburan di dalam negara ini.

“Minggu hadapan, Elon Musk meminta untuk berunding dengan saya untuk bincang kemungkinan komitmen beliau untuk tambah pelaburan di Malaysia.

“Minggu lalu saya jumpa pelabur-pelabur Jepun yang mahu menambah dan mengembangkan pelaburan mereka, beberapa bulan yang lalu saya ke negara China, hasil pelaburan China ke Malaysia adalah paling tinggi dalam sejarah iaitu RM170 bilion,” katanya dipetik Kosmo.

Tumpuan diberi untuk tarik pelabur asing dan domestik

Jelas Anwar lagi, bagi menguruskan pendekatan ekonomi negara tumpuan perlu diberikan untuk menarik pelaburan domestik dan asing.

“Ini penting, jika tiada pelaburan, pengangguran akan meningkat, ekonomi tidak akan berkembang, restoran, hotel dan lain juga akan terjejas,” katanya lagi.

Kenyataan itu diberikan Anwar ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban, hari ini (7 Julai).

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.