fbpx
Now Reading
Tun M Gelar Anwar Pembohong, Gagal Kemuka Bukti Seperti Dijanji

Tun M Gelar Anwar Pembohong, Gagal Kemuka Bukti Seperti Dijanji

Defendan sendiri sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu (Mac 1998) memberitahu media bahawa ia bukan langkah penyelamat tetapi sekadar ‘keputusan perniagaan’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sebagai seorang pembohong demi kepentingan peribadi.

Malah beliau mendakwa sejak 25 tahun lalu tidak pernah memberikan bukti kukuh menunjukkan dirinya pernah menyalahgunakan kuasa untuk mengumpul kekayaan.

Dalam sanggahan 60 halaman terhadap pernyataan pembelaan Anwar terhadap saman fitnahnya, Tun M menegaskan bahawa defendan merujuk kepada apa yang dipanggil dokumen sebagai bukti tetapi akan memberi alasan apabila enggan mendedahkan bukti tersebut.

Menurutnya, beliau juga menegaskan pembelaan Anwar tidak mengandungi sebarang bukti walaupun Anwar pada 7 April lalu dilaporkan media sebagai berkata dia sedia untuk mengemukakan bukti untuk menyokong dakwaannya terhadap plaintif.

Memetik MalaysiaKini, Tun M turut mendakwa ia bertentangan dengan pendapat pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu tentang kerajaan menyelamatkan Konsortium Perkapalan Berhad (KPB) yang kini dikenali Pos Logistic Bhd iaitu sebuah syarikat yang mana anak plaintif, Mirzan, adalah pemegang saham majoriti dan pengarah.

Mahathir dakwa Anwar beritahu media sekadar keputusan perniagaan

Defendan sendiri sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu (Mac 1998) memberitahu media bahawa ia bukan langkah penyelamat tetapi sekadar ‘keputusan perniagaan’.

Menurut Mahathir lagi, Anwar yang juga sebahagian daripada jemaah menteri pada awal dan pertengahan 1990-an itu berada di parlimen pada 1997 untuk memberitahu Ahli Parlimen Lim Guan Eng agar penjualan saham Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dalam MISC Bhd kepada Petronas bukanlah satu tindakan bailout.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu juga menegaskan Anwar ketika itu memberitahu Dewan Rakyat perjanjian tersebut menunjukkan ketelusan pentadbiran ketika itu yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana perniagaan milik keluarga yang meminta bantuan kerajaan.

“Ini jelas menunjukkan defendan mempunyai ciri-ciri pembohong. Ini kerana defendan mempunyai pendirian yang berbeza (pada 1990-an) daripada apa yang dinyatakan dalam pembelaannya hari ini.

“Begitu juga dengan keengganan defendan sehingga hari ini untuk mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong dakwaannya.

“Ini menunjukkan defendan akan berkata sesuatu dan kemudian mengubah pendiriannya sambil memfitnah asalkan ia memenuhi faedah peribadi defendan,” kata Tun M.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.