fbpx
Now Reading
Bakar Suar Lagi, Peminat Bola Desak FAM Potong Mata JDT & Main Tanpa Penyokong

Bakar Suar Lagi, Peminat Bola Desak FAM Potong Mata JDT & Main Tanpa Penyokong

Sebelum ini, kelab JDT telah didenda RM120,000 oleh FAM kerana tindakan penyokong Harimau Selatan itu menyalakan suar pada tiga perlawanan Liga-M di Stadium Sultan Ibrahim musim ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sabtu lalu (8 Julai), kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menumpaskan Negeri Sembilan 2-0 dalam aksi Liga Super Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Bagaimanapun, tindakan para penyokong JDT yang menyalakan suar di dalam stadium selepas perlawanan tamat telah mendapat perhatian ramai.

Ini memandangkan kelab berkenaan baru sahaja didenda oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebanyak RM120,000 kerana penyokongnya berbuat perkara sama.

Kenakan hukuman lebih berat, potong mata JDT dan main tanpa penyokong

Kebanyakan peminat bola sepak tempatan di media sosial mendesak agar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengenakan hukuman lebih berat terhadap JDT.

Difahamkan, mereka mendesak agar hukuman denda pemotongan mata dan bermain tanpa kehadiran penyokong dilakukan.

Menurut Berita Harian, para peminat di media sosial menyifatkan tindakan menyalakan suar itu sebagai tidak menghormati MFL selaku badan pentadbir Liga Malaysia (Liga-M) dan mencabar FAM sebagai badan induk bola sepak negara.

FAM denda JDT RM120,000 kerana penyokong nyalakan suar

Tindakan menyalakan suar itu berlaku selepas FAM mengenakan denda RM120,000 kepada JDT, Khamis lalu kerana tindakan penyokong Harimau Selatan itu membuat perkara sama pada tiga perlawanan Liga-M di Stadium Sultan Ibrahim musim ini.

Tindakan menyalakan suar adalah melanggar obligasi panganjuran perlawanan dan bertentangan dengan Artikel 70.1 Kod Tatatertib FAM yang melarang penyokong membawa masuk barang larangan ke dalam stadium.

Sebelum ini, penyokong JDT menyalakan suar selepas pelawanan dalam dua aksi Liga Super masing-masing ketika berlawan Sabah FC pada Mac lalu dan Kedah Darul Aman FC pada April serta dalam satu aksi Piala FA berdepan PDRM FC juga pada April lalu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.