fbpx
Now Reading
Penonton Final Piala FA Buat Laporan Polis, Dakwa Dipukul JMF Sampai Cedera

Penonton Final Piala FA Buat Laporan Polis, Dakwa Dipukul JMF Sampai Cedera

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, mangsa yang pergi menonton perlawanan akhir Piala FA, JDT VS KL City mengalami patah hidung, pendarahan di kepala dan mata kanan serta lebam di seluruh badan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang penonton mendakwa mengalami kecederaan selepas dipukul oleh Johor Military Force (JMF) semasa perlawanan bola sepak akhir Piala FA antara Johor Darul Takzim (JDT) menentang KL City di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Sabtu lalu (22 Julai).

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa lelaki berusia 30 tahun di Balai Polis Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 11.50 pagi semalam (23 Julai).

“Mangsa mengesyaki telah dipukul oleh Johor Military Force (JMF).

“Mangsa telah pulang ke Kuala Lumpur dan mendapat rawatan serta ditahan di wad Hospital  Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan patah hidung, pendarahan di kepala, pendarahan di mata kanan dan lebam di seluruh badan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan

Menurutnya, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (cedera parah dengan menggunakan senjata atau benda lain yang merbahaya).

Jelas Ariffin, bagi kesalahan itu tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat jika disabitkan kesalahan.

“Orang ramai yang melihat kejadian tersebut di kehendaki tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah IPD Iskandar Puteri untuk membantu siasatan,” katanya lagi.

Berkongsi lanjut, Rahmat memaklumkan kes tersebut masih dalam siasatan pihak polis.

Foto: PDRM

Terdahulu, JDT sekali lagi berjaya bergelar juara Piala FA selepas menumpaskan KL City 2-0 pada perlawanan Sabtu lalu di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.