fbpx
Now Reading
Budak Perempuan Lari Ke Hutan Ditemui Selamat, Rupanya Merajuk Dengan Keluarga

Budak Perempuan Lari Ke Hutan Ditemui Selamat, Rupanya Merajuk Dengan Keluarga

Menurut Bomba, tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan, mangsa kemudian diserahkan kepada ahli keluarganya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara berlaku perselisihan faham antara keluarga, seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Kampung Dadar, Kota Belud, Sabah bertindak masuk ke hutan untuk melarikan diri, semalam (10 Julai).

Difahamkan kanak-kanak yang dikenali sebagai Aliesah telah pulang ke kediamannya pada jam 3.30 pagi tadi sebelum bertindak melarikan diri semula masuk ke hutan untuk kali kedua.

Kanak-kanak itu dikatakan melarikan diri semula ke hutan selepas mendapati terdapat ahli keluarga lain di kediamannya.

Kanak-kanak telah ditemui selamat dan dipulangkan kepada ahli keluarga

Terbaharu, kanak-kanak yang melarikan diri itu telah berjaya ditemui dan dilaporkan dalam keadaan selamat.

Dia yang dijumpai oleh penduduk kampung sekitar jam 9.40 malam tadi, berada 400 meter dari kediamannya dan dilaporkan tidak mempunyai apa-apa kecederaan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Muhammad Syazwan jabatannya telah mendapat panggilan kecemasan tentang insiden tersebut pada pukul 7.45 pagi.

Berlaku salah faham dengan keluarga

Oleh itu, seramai 13 anggota termasuk Pegawai Bonba Bantuan (PBB) ke lokasi dengan menggunakan satu kenderaan utiliti pacuan empat roda jenama Toyota Vigo serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Berdasarkan maklumat pengadu, berlaku perselisihan faham antara kanak-kanak itu dengan ahli keluarganya Ahad (9 Julai) lalu.

“Selepas memastikan tiada kecederaan serius, mangsa seterusnya diserahkan kepada ahli keluarga.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa ditamatkan 10.30 malam,” jelasnya dipetik Buletin TV3.

Operasi SAR itu turut disertai oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung berkenaan.

Terdahulu media melaporkan, perselisihan faham antara kanak-kanak berkenaan dengan adik perempuannya yang berusia 10 tahun yang menyebabkan dia bertindak melarikan diri ke hutan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.