fbpx
Now Reading
Kes Kematian Adik Dea Maisarah, HTAR Akan Siasat Dengan Terperinci

Kes Kematian Adik Dea Maisarah, HTAR Akan Siasat Dengan Terperinci

Menurut Pengarah Hospital Tengku Ampuan Rahimah, pihaknya turut bersimpati dengan perkara yang dilalui oleh ahli keluarga Allahyarham dan mengucapkan takziah kepada mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, negara digemparkan dengan kes kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun ketika sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang pada 9 Jun lalu.

Kes tersebut mendapat perhatian ramai susulan laporan kematian daripada pihak hospital menyatakan kanak-kanak yang dikenali sebagai Dea Maisarah itu meninggal dunia ketika dibawa ke hospital.

Bapa dakwa anak meninggal dunia semasa menerima rawatan, diikat ketika ambil darah

Bagaimanapun, bapa Dea Maisarah yang dikenali sebagai Encik Bada mendakwa bahawa anak perempuannya itu masih bernyawa ketika dibawa dan semasa menunggu untuk menerima rawatan di hospital terbabit.

Menerusi pendedahan yang dibuat melalui video di laman TikTok akaun @mrwancaiofficial77, bapa kepada kanak-kanak terbabit mendakwa anaknya meninggal dunia semasa sedang diikat kerana meronta takut untuk dicucuk bagi mengambil darah.

@mrwancaiofficial

Pendedahan Dari Si Ayah. Di Sebalik Kisah Kematian Adik Dea Maisarah,Ada Perkara Yang Tidak Sepatutnya Berlaku. Cara Kematiannya Di Palsukan. Sedih😭 #fypシ゚viral #FardhuKifayah #UnitKhasVanJenazah #HidupDemiIslamMatiKeranaAllah

♬ bunyi asal – mrwancaiofficial77 – mrwancaiofficial77

Laporan kematian dan resit bayaran perkhidmatan hospital jadi bukti

Dalam hantaran berasingan, turut dikongsikan adalah bukti laporan kematian mangsa yang bertulis ‘dibawa mati ke..’ (BID) dan resit bayaran perkhidmatan perubatan sebanyak RM1.

Kes terbabit telah menjadi tular dan mendapat perhatian ramai yang inginkan ibu bapa kepada Allahyarham mendapat pembelaan sewajarnya terhadap kematian kanak-kanak itu.

@mrwancaiofficial

Dalam Permit Declare Adik Dea Maisarah Di Bawa Ke Hospital Dalam Keadaan Sudah Mati? Jangan Bermain Dengan Nyawa Manusia. Kerna Setiap Perbuatan Ada Kifarahnya. InshaAllah Kebenaran Pasti Berpihak Kepada Ibu Bapa Adik Dea Maisarah. Kita Lawan Penipuan. Semoga Individu Yang Terlibat Di Kenakan Tindakan. #Justice4AdikDeaMaisarah

♬ original sound – sirⓂ️enung – sirⓂ️enung

HTAR sedang siasat kes terbabit dengan terperinci

Terbaharu, Pengarah HTAR Dr. Zulkarnain Mohd Rawi berkata, pihak hospital sedang menyiasat secara terperinci mengenai kes tersebut.

Menurutnya, pesakit itu telah hadir ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HTAR bersama ayahnya pada 9 Julai lalu.

Kata Dr. Zulkarnain, keadaan pesakit pada ketika itu lemah dan telah diberikan rawatan yang sewajarnya oleh Pakar Perubatan Kecemasan. Namun, kanak-kanak itu tidak dapat diselamatkan.

“Adalah dimaklumkan bahawa perkara ini sedang dalam siasatan terperinci pihak hospital. Punca kematian masih dalam siasatan Jabatan Perubatan Forensik, HTAR,” katanya dalam satu kenyataan semalam (13 Julai).

Pihak HTAR turut bersimpati dan ucap takziah buat ahli keluarga Allahyarham

Menurutnya lagi, pihak hospital turut bersimpati dengan perkara yang dilalui oleh ahli keluarga Allahyarham dan mengucapkan takziah kepada mereka.

Berkongsi lanjut, Dr. Zulkarnain memaklumkan juga pihak hospital akan berhubung lanjut dengan ahli keluarga Allahyarham untuk perbincangan lebih lanjut (family conference) mengenai kes tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.