Didakwa Ceramah Di Masjid, Fahmi Fadzil Bagi Tempoh 24 Jam 2 Individu Minta Maaf Secara Terbuka

Beberapa hari lalu, tular dakwaan di Facebook yang mengatakan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang telah menyampaikan ceramah kempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di sebuah masjid di Rawang, Selangor.

Beliau bagaimanapun menempelak dakwaan tersebut dan menjelaskan kehadirannya ke masjid berkenaan adalah untuk solat zohor sahaja sebelum diminta oleh kariah masjid untuk mengulas mengenai isu The 1975.

Ekoran dakwaan itu, Fahmi kemudian mempertimbangkan untuk memfailkan saman kepada individu tidak bertanggungjawab yang memfitnahnya berhubung isu terbabit.

Susulan tular isu tersebut, pihak polis kemudian mengesahkan bahawa tidak ada apa-apa unsur kempen dalam ucapan yang disampaikan oleh menteri berkenaan ketika berada di masjid terbabit, lapor Harian Metro.

Baca artikel berkaitan: Isu Berucap Dalam Masjid, JAIS Jalankan Siasatan Terhadap Fahmi Fadzil

Baca artikel berkaitan: “Saya Solat Zohor & Ulas Isu The 1975” – Fahmi Fadzil Sangkal Dakwaan Berkempen Dalam Masjid

Fahmi minta 2 individu fitnahnya tampil mohon maaf

Terbaharu, Ahli Parlimen Lembah Pantai berkenaan meminta agar dua individu yang memfitnahnya untuk tampil memohon maaf secara terbuka dalam masa 24 jam.

Katanya, beliau turut akan menarik semula tuduhan atau tindakan saman yang sebelum ini dipertimbangkan.

Notis tuntutan telah diberikan kepada 2 individu

Jelasnya notis tuntutan turut telah diberikan oleh peguamnya kepada penceramah terkenal Ahmad Dusuki Abdul Rani serta admin laman Facebook ‘N13 Kuang’ semalam (2 Ogos).

Menurutnya notis berkenaan diberikan untuk membersihkan nama selepas didakwa menyampaikan ceramah di masjid berkenaan walhal beliau hanya menjelaskan isu kumpulan penyanyi dari luar negara itu selepas diminta oleh ahli jawatan kuasa masjid terbabit semasa singgah untuk menunaikan fardu zohor di sana.

“Masa itu ada orang tangkap gambar dan tulis saya ceramah tanpa tauliah, berpolitik dan kempen di dalam masjid sedangkan ia bukan begitu.

“Alhamdulillah, petang tadi Ketua Polis Selangor mengumumkan setelah 22 saksi disiasat, beliau kata saya, Fahmi Fadzil tidak bersalah,” jelasnya, lapor Harian Metro.

Ujarnya lagi, selain mahu membersihkan nama dari dakwaan itu notis itu berperanan untuk membuktikan bahawa tindakan memfitnah tidak boleh dikompromi khususnya sewaktu kempen PRN yang sedang hangat berlangsung di enam negeri.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

3 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

3 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

3 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

3 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

3 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

3 days ago