fbpx
Now Reading
Tukang Gunting Disyaki Warga Asing Ajak Wanita Berbual Lucah Diburu Polis

Tukang Gunting Disyaki Warga Asing Ajak Wanita Berbual Lucah Diburu Polis

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, pihaknya percaya bahawa suspek berkenaan sudah melarikan diri selepas kejadian itu berlaku.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial luahan seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang tukang di Manjoi, Ipoh.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Siti Hajar Ghazali, wanita itu mendakwa kejadian tersebut berlaku semasa dia menghantar anaknya untuk mengunting rambut di kedai terbabit.

Polis buru tukang gunting ajak wanita berbual lucah

Susulan itu, pihak polis sedang memburu tukang gunting rambut berkenaan yang disyaki melakukan gangguan seksual terhadap wanita itu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, laporan polis mengenai kejadian itu diterima semalam oleh wanita berumur 37 tahun itu.

Kejadian berlaku kelmarin (1 Ogos), suspek disyaki warga asing

Menurutnya, kejadian tersebut dikatakan berlaku pada jam 1.25 tengah hari Selasa lalu (1 Ogos) melibatkan seorang suspek yang disyaki warga India.

Kata Yahaya, pihak polis terkesan dengan penularan isu tersebut yang dikongsikan oleh wanita itu di laman Facebook sehingga mendapat perhatian ramai.

Polis percaya suspek telah melarikan diri selepas kejadian

Bagaimanapun, pihak polis percaya bahawa suspek berkenaan sudah melarikan diri selepas kejadian itu berlaku.

“Polis mengesahkan menerima satu laporan polis daripada wanita berkenaan, semalam, yang membuat laporan di Balai Polis Jelapang.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek diminta tampil membantu siasatan polis dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan D11, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Asisten Superintendan Yap Siew Cheng di talian 012-9093362,” katanya menerusi kenyataan malam tadi (2 Ogos).

Menurutnya lagi, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.

Wanita luah tukang gunting ajak berbual lucah semasa gunting rambut anaknya

Terdahulu, tular luahan seorang wanita di Facebook apabila seorang tukang gunting yang sedang menggunting rambut anaknya cuba mengajak berbual dalam Bahasa Melayu namun tidak diendah mangsa.

Pun begitu, suspek dikatakan seolah-olah bercakap seorang diri dan mengeluarkan kata-kata perbualan berbaur lucah.

Pengguna Facebook dakwa pekerja berkenaan sudah dihalau pihak pengurusan

Dalam pada itu, semakan kami di laman Facebook menemukan satu hantaran dari seorang pengguna yang mendakwa pekerja tersebut sudahpun dihalau oleh pihak pengurusan syarikat kedai gunting rambut itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.