fbpx
Now Reading
Kes Rogol Wanita Bergilir-gilir Di Wangsa Maju, Polis Cari Muhammad Nuraffiq

Kes Rogol Wanita Bergilir-gilir Di Wangsa Maju, Polis Cari Muhammad Nuraffiq

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, pihaknya sudah mengenal pasti suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian itu dan usaha mengesan sedang giat dijalankan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (31 Ogos), kecoh mengenai berita seorang wanita yang menjadi mangsa rogol bergilir-gilir di sebuah rumah di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Menurut sumber, pihak polis sedang mengesan lima lelaki termasuk abang ipar mangsa dalam kejadian yang berlaku kira-kira 3.30 pagi kelmarin (30 Ogos).

Mangsa sedang tidur terjaga selepas mulut ditutup dengan tangan

Mangsa yang berusia 27 tahun dikatakan sedang tidur sebelum tersedar apabila mulutnya ditutup dengan tangan oleh salah seorang suspek.

Tangan mangsa kemudiannya diikat dan mulut mangsa dilekatkan dengan pita pelekat sebelum dirogol bergilir-gilir sambil perbuatan keji itu dirakam suspek.

Polis mengesan saksi Muhammad Nuraffiq untuk bantu siasatan

Terbaharu, pihak polis sedang mengesan seorang saksi yang dikenali sebagai Muhammad Nuraffiq, 29, untuk membantu siasatan kes terbabit.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid, saksi Muhammad Nuraffiq beralamat di PPR Laksamana, Cochrane 2, Jalan Peel di Kuala Lumpur.

“Kita sedang mengesan lelaki terbabit yang dipercayai dapat membantu siasatan kes ini.

“Justeru, kita minta mohon kerjasama orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai keberadaan lelaki ini untuk tampil membantu siasatan polis,” katanya dipetik Berita Harian.

Menurutnya lagi, maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Siti Fadzilah Ahmad Fisal di talian 017-6240252.

Pihak polis sudah mengenal pasti suspek yang disyaki terbabit dalam kes tersebut

Mengulas lanjut, Allaudeen berkata pihak polis sudah mengenal pasti suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian itu dan usaha mengesan sedang giat dijalankan.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku pada awal pagi semalam yang mana kira-kira lima lelaki masuk ke rumah mangsa yang berusia 20-an dan merogolnya.

“Polis sudah menjalankan siasatan di tempat kejadian dengan bantuan pasukan forensik dan mangsa sudah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan oleh pegawai perubatan,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.