fbpx
Now Reading
Lelaki Miliki 12 Rekod Jenayah Maut Ditembak

Lelaki Miliki 12 Rekod Jenayah Maut Ditembak

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu, hasil siasatan awal mendapati saksi telah mendengar beberapa das tembakan dan turut berlaku kemalangan kecil di lokasi kejadian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki India berusia 36 tahun ditemui maut akibat ditembak di hadapan rumah kedai dua tingkat yang terletak di Jalan Hamzah Alang Kapar, Klang pada 30 Ogos yang lalu.

Bertindak atas aduan orang awam, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang Utara telah bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kira-kira jam 10.35 malam.

Saksi Terdengar Beberapa Tembakan, Mangsa Ada 12 Rekod Jenayah Lampau

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu, hasil siasatan awal mendapati saksi telah mendengar beberapa das tembakan dan turut berlaku kemalangan kecil di lokasi kejadian.

“Siasatan mendapati lelaki itu memiliki 12 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah kekerasan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia dan dihantar ke hospital berdekatan bagi proses bedah siasat,” katanya.

Polis Masih Kesan Saksi Bebas

Menurut beliau, polis kini sedang mengesan beberapa saksi bebas berhubung kejadian ini dan usaha mengesan suspek melalui kamera litar tertutup juga sedang dijalankan.

“Usaha mengesan bukti dan kamera litar tertutup (CCTV) juga dijalankan bagi mengesan suspek terlibat. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Beliau turut memohon kerjasama daripada orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini untuk menyalurkannya di IPD Klang Utara atau mana-mana balai polis berhampiran.

SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH KLANG UTARA MENGENAI KES TEMBAKAN TERHADAP SATU LELAKI INDIA DI TAMAN INTAN, KAPAR, SELANGOR TARIKH DIKELUARKAN : 31 OGOS 2023

Posted by Polis Daerah Klang Utara on Thursday, 31 August 2023

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.