fbpx
Now Reading
Tular Video Beli Barang RM200, Pejabat Timbalan Menteri KPDN Buat Laporan Polis

Tular Video Beli Barang RM200, Pejabat Timbalan Menteri KPDN Buat Laporan Polis

Sebelum ini, Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh menjelaskan video membeli barangan di pasar raya adalah video lama yang dirakam pada bulan Julai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular video memaparkan Timbalan Menteri Perdangangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh yang membeli barangan makanan di sebuah pasar raya di Langkawi.

Dalam video tersebut menteri berkenaan menunjukkan barangan yang dibelinya itu bernilai RM136.60 sekali gus menyangkal dakwaan RM200 tidak cukup untuk membeli barangan makanan.

Perkara itu kemudian menjadi sohor di media sosial dan membuatkan masyarakat kurang senang dengan kenyataan dikeluarkannya.

Ekoran itu, beliau tampil menjelaskan video tersebut adalah rakaman lama yang disiarkan semula.

Beliau percaya ada dalang di sebalik video tular yang mungkin bermotifkan politik.

Baca artikel berkaitan: Tular Isu Beli Barang Dapur RM200, Fuziah Salleh Dakwa Ia Video Lama [Video]

Pejabat Timbalan Menteri KPDN buat laporan polis isu video tular

Terbaharu, pejabat Timbalan Menteri berkenaan telah bertindak membuat laporan polis berhubung isu video tersebut.

Laporan itu dilakukan oleh Pegawai Khas Fuziah iaitu Aidil Haryman Mat Nor di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Pahang.

Siasat beberapa pengguna media sosial yang buat catatan berbaur fitnah

Di dalam laporan itu, Aidil berkata ia bertujuan agar siasatan dapat dijalankan kepada beberapa pengguna media sosial yang memuat naik hantaran berbaur fitnah dan disifatkan satu cubaan menghasut masyarakat mengenai video tular berkenaa.

Ini kerana ia tidak mempunyai kaitan dengan keadaan semasa.

“Saya merasakan bahawa perbuatan ini amatlah tidak bertanggungjawab dan menimbulkan spekulasi serta menjatuhkan kredibitiliti dan maruah seorang menteri kabinet Malaysia, selain meremehkan usaha beliau sebagai seorang Timbalan Menteri.

“Tulisan tersebut dengan sengaja mengaitkan dan mengaibkan Timbalan Menteri dengan tujuan menyakiti dan memfitnah beliau,” jelasnya, lapor Bernama.

Video lampau dirakam untuk tunjuk beza harga antara Jualan Rahmah bergerak dengan pasar raya tempatan

Menurutnya video yang tular itu dirakam bertujuan untuk memaparkan perbezaan harga antara Jualan Rahmah bergerak dengan pasar raya tempatan di Pulau Langkawi, Kedah.

Malah dakwanya lagi, video terbabit bukan untuk menunjukkan barang keperluan bagi satu keluarga untuk tempoh sebulan.

Sebaliknya ia telah disunting oleh individu tak bertanggungjawab serta disebarkan dipercayai untuk menghina dan menimbulkan kemarahan masyarakat.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu turut mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kes tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.