fbpx
Now Reading
Van Persiaran Dipercayai Tergelincir Jatuh Cerun Bukit, Seorang Wanita Singapura Maut

Van Persiaran Dipercayai Tergelincir Jatuh Cerun Bukit, Seorang Wanita Singapura Maut

Menurut Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Air Putih, 10 lagi penumpang yang juga warga Singapura dan seorang pemandu van warga tempatan dilaporkan selamat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita warga Singapura maut selepas van persiaran yang dinaikinya terjatuh dari ketinggian enam meter dalam satu kemalangan di Bukit Genting, Balik Pulau, Pulau Pinang malam semalam (24 September).

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Air Putih, N.Prenavaran berkata, mangsa dilaporkan maut selepas mengalami kecederaan parah, manakala 10 lagi mangsa yang merupakan warga republik itu juga terselamat.

10 lagi penumpang dan seorang pemandu van dilaporkan terselamat

Selain 10 lagi penumpang, pemandu van warga tempatan turut terselamat dalam kemalangan terbabit.

“Mangsa terdiri 10 orang terdiri tujuh wanita dan tiga lelaki yang kesemuanya warga Singapura termasuk seorang pemandu van.

“Pasukan turun ke bawah gaung yang curam dengan bantuan orang awam dan keluarkan satu persatu mangsa. Keadaan di lokasi kejadian adalah licin dan gelap.

“Mangsa terakhir adalah seorang wanita yang ditemui masih hidup dan dalam keadaan tersepit di depan pemandu. Kami terpaksa guna peralatan khas,” katanya dipetik Kosmo.

Van dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ke cerun bukit semasa di selekoh

Berkongsi lanjut, N.Prenavaran berkata siasatan awal mendapati van terbabit dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ke cerun bukit berkenaan semasa di selekoh ketika dalam perjalanan menuruni kawasan itu.

“Mayat wanita tersebut dan dua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Pulau Pinang manakala tujuh lagi di Hospital Balik Pulau,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.