fbpx
Now Reading
Kerap Curi Duit Tabung Masjid Siap Bawa Anak & Isteri, Lelaki Di Indonesia Ini Akhirnya Tertangkap & Ditahan Polis

Kerap Curi Duit Tabung Masjid Siap Bawa Anak & Isteri, Lelaki Di Indonesia Ini Akhirnya Tertangkap & Ditahan Polis

Menurut suspek duit tabung yang dicuri itu digunakan untuk keperluannya namun dia mengakui telah melakukan tindakan tersebut beberapa kali.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kesalahan mencuri merupakan sesuatu perkara yang salah di sisi undang-undang di pelbagai negara.

Tidak kira apa juga alasan yang diberikan mencuri bukanlah suatu perkara yang baik untuk dilakukan walau dalam apa alasan sekali pun.

lelaki mencuri duit tabung masjid di Indonesia dan bawa anak isteri

Baru-baru ini, seorang lelaki di Indonesia telah ditahan oleh penduduk kerana kantoi mencuri wang dari tabung masjid di Desa Pagarawan Kecamatan Merawang, Kabupaten Bangka, Pulau Bangka.

Ketika melakukan tindakan tersebut lelaki berkenaan turut membawa bersama isteri dan anak kecilnya, lapor Detik.

Difahamkan wang yang dicuri dari tabung masjid itu digunakan oleh lelaki berkenaan untuk keperluannya.

Menurut polis, lelaki yang juga penganggur itu mengaku telah mencuri duit tabung masjid sejak beberapa hari yang lepas dan tindakannya itu terbongkar selepas kantoi mencuri duit di Masjid Nurul Hikmah Pagarawan.

Curi duit tabung kerana tak ada kerja

Dia kemudian telah ditahan bersama dengan isteri serta anak kecilnya sebelum video mengenainya tular di media sosial pada 21 September lalu.

“Baru 10 hari saya curi wang tabung masjid, sebab saya tak ada kerja,” katanya ketika disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Merawang.

Sebelum mencuri, individu berkenaan didakwa pernah bekerja di lombong timah.

“Sebelum ini bekerja di perlombongan tidak konvensional. Namun sekarang tidak bekerja kerana angin besar. Jadi saya mencuri duit tabung masjid,” jelas lelaki berkenaan.

Akan bawak anak dan isteri ketika pergi mencuri

Namun setiap kali ingin mencuri dia akan meminta isteri dan anak-anak menemaninya dan pergi ke beberapa masjid dengan menggunakan motosikal.

Menurut laporan sama pelaku berkenaan akan mengunakan teknik mencuri dengan mengikuti solat berjemaah terlebih dahulu sebelum mencungkil tabung masjid apabila telah selesai berjemaah serta keadaan sunyi.

Sekiranya berada luar daerah, wang yang dicuri itu akan digunakan untuk kehidupan harian termasuklah untuk membayar penginapan.

“Jumlah kebiasaannya adalah 200,000 hingga 300,000 ribu rupiah (sekitar RM 60 – RM91) tetap ada juga 100,000 rupiah (RM39.40) dan adakalanya lebih rendah dari wang tersebut.

Polis sahkan pelaku dah ditahan untuk siasatan lanjut

Perkara itu turut disahkan oleh Inspektor Teguh Widodo dan memaklumkan pasangan itu kemudian telah ditahan oleh polis.

“Pada mulanya kami menerima maklumat daripada orang ramai. Kemudian anggota polis mengambil pasangan berkenaan dan membawa mereka ke balai polis untuk siasatan lanjut,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Ibu Di Indonesia Nekad Curi 3 Biji Telur Demi Bagi Anak Yang Kelaparan Makan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.