fbpx
Now Reading
Pemandu Proton Saga Belasah Penunggang Motosikal Di Klang Diburu Polis [Video]

Pemandu Proton Saga Belasah Penunggang Motosikal Di Klang Diburu Polis [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Malang menimpa seorang remaja lelaki apabila dia mengalami kecederaan di bibir, tulang rusuk dan kaki selepas dibelasah seorang pembuli jalanan di persimpangan lampu isyarat Jalan Langat-Klang, Selangor semalam (1 September).

Difahamkan, mangsa yang berusia 21 tahun itu turut mengalami kerugian sebanyak RM250 selepas ‘cover set’ motosikal jenis LC135 miliknya rosak akibat ditendang lelaki berkenaan dalam kejadian pada pukul 7.15 malam itu.

Kejadian berlaku selepas mangsa bunyikan hon kepada suspek yang memandu secara bahaya

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian berlaku selepas penunggang motosikal itu membunyikan hon kepada pemandu berkenaan yang memandu Proton Saga bersama dua lagi lelaki lain.

Susulan itu, pemandu berkenaan yang tidak berpuas hati dan berang dengan tindakan mangsa telah menahannya di persimpangan lampu isyarat.

“Salah seorang suspek menolak mangsa sehingga terjatuh daripada motosikalnya. Mangsa turut dicekik, ditumbuk pada muka selain ditendang perut dan kaki beberapa kali,” katanya dipetik Kosmo.

Berkongsi lanjut, beliau turut memaklumkan kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan.

“Usaha mengesan dan menangkap suspek sedang giat dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tular video lelaki marah dan pukul penunggang motosikal

Terdahulu, tular di media sosial beberapa rakaman yang memaparkan seorang lelaki memarahi dan memukul seorang penunggang motosikal berdekatan tiang lampu isyarat.

Tidak hanya itu, lelaki terbabit juga dilihat menyepak motosikal milik mangsa sehingga terjatuh.

Perbuatan suspek terhadap mangsa bagaimanapun berjaya dihentikan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.