fbpx
Now Reading
Sempat Video Call Tunang Minta Tolong, Lelaki Hilang Lepas Keluar COD Telefon Pintar

Sempat Video Call Tunang Minta Tolong, Lelaki Hilang Lepas Keluar COD Telefon Pintar

Menerusi rakaman panggilan video berkenaan, Daniel dilihat menangis sambil berlari mencari jalan keluar dan meminta bantuan untuk menyelamatkannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada masa kini, baik lelaki mahupun wanita dinasihatkan untuk menjaga keselamatan diri masing-masing.

Ini kerana perbuatan jenayah yang dilakukan oleh segelintir individu dilihat sudah tidak mengenal jantina ataupun usia.

Setiap orang berisiko untuk menjadi sasaran penjenayah bagi perbuatan jahat yang dilakukan sama ada kes culik, bunuh, samun dan sebagainya.

Anak Buah Hilang Selepas COD Hantar IPhone

Terbaharu, seorang lelaki yang berusia 27 tahun didakwa tidak pulang ke rumah setelah keluar membuat perkhidmatan penghantaran telefon pintar (COD) sejak 3 Oktober yang lalu.

Kali terakhir lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Daniel Haikal dikesan berada di kawasan Georgetown, Pulau Pinang.

Menerusi hantaran yang dibuat di akaun Instagram ibu saudaranya lamerahayra, Daniel disyaki hilang selepas membuat COD IPhone kepada pelanggannya.

“Mohon bantu saya mencari anak buah saya sudah dua hari hilang selepas pergi COD iPhone dengan customer yang tidak dikenali,” tulis wanita itu menerusi hantaran tersebut.

Sempat Hubungi Tunang Melalui Panggilan Video

Tambah ibu saudara yang dikenali sebagai Eyraswan Ramadhan, Daniel sempat membuat panggilan video dengan tunangnya.

Menerusi rakaman panggilan video berkenaan, lelaki itu dilihat menangis sambil berlari mencari jalan keluar dan meminta bantuan untuk menyelamatkannya.

Namun, Daniel tidak sempat untuk memberitahu di mana lokasi dia berada ekoran bateri telefon pintarnya telah habis menyebabkan panggilan tersebut termati dengan sendirinya.

Berdasarkan hantaran di Instagram, Daniel dipercayai berada di kawasan Georgetown, Pulau Pinang ketika membuat panggilan itu.

Ibu Turut Memohon Bantuan

Menurut Eyraswan, ibu Daniel turut membuat hantaran di media sosial mengharapkan kepulangan anaknya itu.

“Semoga Allah permudahkan urusan anakku, Muhammad Daniel Haikal. Semua tempat mama cari abang, tak jumpa. Semoga abang cepat balik.

“Ya Allah ya Tuhan, lindungilah anakku. Jauhkanlah dia dari benda-benda yang tak baik,” katanya.

Tiada Laporan Polis Dibuat

Memetik Sinar Harian, menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong, tiada laporan polis dibuat berhubung kehilangan pemuda itu.

“Saya sudah semak, tiada laporan di sini.

“Bagaimanapun, jika diperlukan bantuan dari Polis Pulau Pinang, kita akan bantu. Setakat ini, Ibupejabat Polis Daerah Timur Laut tidak menerima sebarang maklumat lanjut,” kata beliau.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.