“Selagi Termampu” – Wanita Sanggup Buat 4 Kerja Dalam Sehari

Kenaikan kos sara hidup pada masa kini sememangnya dirasai oleh kebanyakan individu. Oleh sebab itu, dapat dilihat kebanyakan isteri juga turut keluar bekerja bagi menampung perbelanjaan isi rumah.

Malah, ada juga dalam kalangan individu baik suami ataupun isteri memilih untuk melakukan lebih dari satu kerja bagi menjana pendapatan tambahan.

Namun, berbeza dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Afrin Najiha Makmur apabila dia sanggup melakukan empat kerja dalam masa sehari.

Buat Empat Kerja Sejak Tiga Bulan Yang Lalu

Menurut ibu kepada lima orang anak itu, dia sanggup melakukan empat kerja seperti mencuci masjid, mengambil upah menjual produk kecantikan, menjual kek coklat dan aiskrim potong bagi menampung kehidupan seharian.

Dia yang lebih mesra dipanggil sebagai Najiha berkata rutin itu telah dilakukan sejak tiga bulan yang lalu selepas dicadang oleh rakannya.

Pada ketika itu, dia buntu memikirkan cara untuk mencari wang bagi membantu suaminya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Namun, dia tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk meminta ihsan orang sekeliling bagi membantunya yang pernah hidup dalam kesempitan hingga terputus bekalan makanan.

Mula Rutin Seawal 7.45 Pagi

Menurut Najihah, dia memulakan rutin seawal 7.45 pagi dengan mencuci masjid selepas menghantar anak-anaknya ke sekolah menggunakan kereta milik ibu mentuanya.

“Sebelah pagi, saya akan ke Masjid Al-Ridhuan di Hulu Klang untuk ke bersihkan ruang dalam dan luar termasuk tandas dengan upah RM300,” katanya.

“Saya tak berada di situ sampai petang kerana selesai kerja, saya pergi menjual aiskrim dan kek pula yang dibawa sekali di tepi jalan.

“Jika ada yang beli untuk infaq, saya akan hantar ke lokasi dipesan manakala masa terluang yang ada saya akan gunakan untuk ambil upah jual produk kecantikan dan begitulah rutin saya setiap hari,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Pada hujung minggu, dia turut membersihkan kawasan Masjid Al-Sharif di Simpang 3, Gombak, Selangor dengan kadar upah yang sama serta mengambil upah mencuci rumah jika ada yang memerlukan khidmatnya.

Ada Slip Disc, Tidak Mahu Hidup Susah

Bagi Najiha, dia akan mengerah tenaga selagi termampu bagi menampung kehidupan seharian dan tidak mahu hidup susah seperti waktu dahulu.

“Ikutkan penat juga buat empat kerja sehari kerana ikutkan saya tak boleh buat kerja berat memandangkan ada slip disc.

“Tapi selagi termampu, saya akan kerah keringat kerana fikirkan anak dan enggan hidup susah macam dulu.

“Lagipun, saya kerja bukan untuk bantu suami saja dan untuk anak saja tetapi tanggung keluarga di kampung,” ujarnya.

Kongsi Video Di TikTok Bukan Untuk Raih Simpati, Namun Untuk Dijadikan Inspirasi

Dia yang mempunyai seorang anak Orang Kurang Upaya (OKU) kategori intelektual juga turut berkongsikan video tentang aktiviti hariannya di TikTok.

Bagi Najiha, tujuannya berkongsi video tersebut bukan untuk meraih simpati, namun hanya untuk berkongsi kisah yang dilalui sebagai seorang ibu.

“Saya kongsi bukan untuk raih simpati sesiapa kerana masih sihat untuk bekerja tetapi sekadar hiburan saja.

“Pada masa sama, saya nak beri inspirasi kepada wanita di luar sana dan Alhamdulillah, banyak komen positif.

“Bagaimanapun, ada juga komen negatif menganggap saya meminta-minta selain mempertikaikan suami saya. Selebihnya ada juga ingat saya ibu tunggal tapi saya terima saja apa yang mereka katakan,” ujarnya lagi.

Difahamkan, Najiha sedang membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

@njiha_jer

lagi 60 bekas lagi…semoga dimirah kn rezeki..

♬ الصوت الأصلي – البرنس✨ مصطفى

Baca Artikel Berkaitan: “Dia Menjaja Sebab Bosan” – Akui Tidak Hidup Susah, Suami Nenek Tular Perjelas Keadaan Sebenar

Baca Artikel Berkaitan: Tertekan Tiada Pekerjaan & Hidup Susah, Lelaki Cuba Terjun Tingkat 11

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

3 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

3 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

3 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

3 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

3 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

3 days ago