Umat Islam Dilarang Sertai Marathon Dianjurkan Syarikat Berasaskan Riba

Tidak dinafikan acara sukan seperti marathon, jogathon, triathlon dan banyak lagi merupakan perkara yang sihat dan bagus kepada masyarakat.

Selain masyarakat dapat beriadah melakukan aktiviti sihat, kita juga berpeluang untuk membuat kenalan dan mengetahui kebolehan diri.

Malah di Malaysia terdapat banyak pihak dan organisasi yang menganjurkan acara larian sebegini dan turut disertai segenap masyarakat termasuklah orang Islam.

Bekas menteri jelaskan hukum sertai acara dianjurkan syarikat berasaskan riba

Namun siapa sangka baru-baru ini Mantan Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri telah menerangkan bahawa umat Islam dilarang menyertai acara atau program larian yang dianjurkan oleh institusi atau syarikat yang berasaskan riba.

Beliau berkata demikian selepas mendapat pertanyaan mengenai hukum jika seseorang menyertai program atau acara yang dianjurkan syarikat berasaskan riba.

Ujarnya, sebelum menjawab pertanyaan itu, umum masyarakat yang menganuti agama Islam pasti tahu bahawa riba adalah perkara yang jelas pengharamannya oleh syara’.

Muslim tak boleh sertai acara dianjurkan oleh syarikat berasaskan riba

Katanya, seseorang muslim tidak boleh menyertai acara maraton yang dianjurkan oleh syarikat atau institusi yang berasaskan riba kerana perkara itu adalah wasilah kepada perkara yang jelas pengharamannya.

“Sekiranya dia mengetahui tentang pihak yang menaja acara tersebut menjalankan jual beli yang diharamkan oleh syara’, tetapi masih degil dan enggan menjauhkan diri daripada mempromosikan syarikat tersebut, maka dia telah melakukan perkara yang haram dan berdosa,”

Kata Dr Zulkifli dalam Maktabah al-Bakri.

Harap Allah SWT ampunkan individu jika tidak tahu

Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang itu tidak mengetahui mengenai senarai penaja bagi acara terbabit, terlibat dengan jual beli berunsurkan riba maka diharapkan individu itu diberikan keampunan daripada Allah SWT bagi kesilapan yang dibuat tanpa pengetahuan.

Beliau dalam pada itu turut menasihatkan para pendakwah supaya tidak memukul rata kesemua peserta yang terlibat dalam acara maraton sebagai pendosa serta sengaja mempromosikan syarikat berkenaan.

Malah beliau meminta mereka untuk menunjukkan sikap toleransi serta lemah lembut apabila memberi nasihat, peringatan supaya ia mudah diterima orang ramai.

Minta pihak penganjur lebih prihatin

Dr Zulkifli juga mengesyorkan agar pihak penganjuran untuk lebih prihatin terhadap sensitiviti umat Islam sekiranya ingin membuat sebarang program.

Contohnya penganjuran itu selamat daripada sebarang unsur tipu daya, riba serta yang lain-lain.

“Kami yakin, niat dan nawaitu yang baik perlu diselarikan dengan mengikut neraca syari’at. Usaha yang mereka lakukan itu akan bertambah tinggi nilai dan ertinya jika benar-benar dapat mematuhi piawaian syari’at.

“Dalam pada masa yang sama, kami juga mengucapkan syabas dan terima kasih kepada para pendakwah yang tidak putus memberikan peringatan kepada orang ramai, penerangan mengenai agama serta kebenaran.

“Semoga Allah SWT menerima segala amal baik yang telah dilakukan ini, dan menjadi pemberat mizan kebaikan di akhirat kelak,” katanya lagi.

Turut dapat dilihat penganjur mempromosikan syarikat berasaskan riba

Menerusi pemerhatian beliau pada satu acara yang berlangsung baru-baru ini, ia tidak hanya menyebut secara jelas setiap institusi dan syarikat yang terlibat bagi program itu sebaliknya turut mempamerkan logo pada baju yang dijual dan baju diberikan secara percuma kepada peserta yang berjaya tamatkan larian berkenaan.

Ianya boleh dilihat menerusi:

  • Logo rasmi syarikat yang bertanggungjawab mewujudkan acara tersebut.
  • Logo rasmi acara maraton tersebut berserta nama syarikat berasaskan riba tersebut.
  • Logo rasmi syarikat yang menjual kelengkapan untuk sukan larian.

“Di antara logo-logo yang disebutkan di atas, terdapatnya unsur mempromosikan syarikat berasaskan riba. Maka, ini jelas merupakan suatu bentuk promosi yang ditegah berdasarkan dalil pengharaman tolong-menolong ke arah perkara yang haram di atas.”

Menurut laman rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat beberapa jenis riba mengikut mazhab Syafie.

  • Riba al-Fadl – Riba yang terjadi kerana berlaku jual beli yang tidak sama kuantitinya sedangkan kedua-duanya daripada jenis barang item yang sama.
  • Riba al-Nasiah – Berlaku kerana ada syarat penangguhan dalam penyerahaan item ribawi atau duit pembayaran secara sengaja kemudian dikenakan caj tambahan.
  • Riba al-Yadd – Disebabkan lewat menyerahkan item ribawi meskipun tidak diletakkan syarat penangguhan.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

2 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

2 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

2 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

2 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

3 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

3 days ago