fbpx
Now Reading
PDRM Beri Jaminan Akan Siasat Video Tular Anggota Polis Pukul OKT Dalam Tahanan Dengan Telus & Adil

PDRM Beri Jaminan Akan Siasat Video Tular Anggota Polis Pukul OKT Dalam Tahanan Dengan Telus & Adil

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, siasatan lanjut mengenai video itu akan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pihak polis akan menjalankan siasatan berhubung sebuah video tular yang memaparkan seorang lelaki didakwa dipukul ketika dalam tahanan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya terkesan dengan penularan video tersebut kira-kira pukul 8 pagi tadi (11 Oktober) yang dikongsikan di dalam aplikasi Telegram Edisi Siasat.

Kejadian berlaku pada 2 Ogos 2022

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian tersebut belaku di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Klang Selatan pada kira-kira pukul 10.30 pagi, 2 Ogos 2022.

“Ia bersabit satu laporan tangkapan polis pada pukul 12.50 malam hari sama dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“OKT (Orang Kena Tahan) itu telah dituduh di Mahkamah Klang pada 8 Ogos di bawah seksyen tersebut,” katanya dipetik Kosmo hari ini.

Siasatan lanjut akan dijalankan oleh JSJN

Menurutnya lagi, siasatan lanjut mengenai video itu akan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).

“Polis memandang serius kejadian itu dan siasatan dijalankan ke atas aduan salahlaku yang dipaparkan dalam video tular tersebut.

“Kita tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pegawai kanan atau anggota polis yang didapati melanggar peraturan ditetapkan,” katanya lagi.

Polis beri jaminan akan siasat kes terbabit dengan telus dan adil

Berkongsi lanjut, Hoong Fong juga memberi jaminan akan menyiasat secara telus dan adil tanpa melindungi mana-mana pihak.

“Justeru, semua pihak diminta bekerjasama dengan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes berkenaan,” ujarnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.