fbpx
Now Reading
Terlibat Aktiviti Pelacuran, 4 Wanita Warga Asing Dicekup Polis

Terlibat Aktiviti Pelacuran, 4 Wanita Warga Asing Dicekup Polis

Sewaktu serbuan Polis Kontinjen Sabah turut merampas beberapa barangan seperti kondom, pelincir, telefon serta wang tunai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Aktiviti pelacuran merupakan suatu perkara yang tidak sihat buat negara dan memberi impak negatif terutamanya kepada masyarakat.

Perbuatan itu bukan hanya dilihat tidak baik dari segi agama malah ia juga boleh mengundang bahaya kepada kesihatan.

Ini kerana, individu yang terlibat dalam aktiviti pelacuran terdedah kepada penyakit kelamin, HIV dan AIDS.

Oleh itu, gejala dan aktiviti tidak sihat ini perlulah dibanteras agar kita dapat melahirkan masyarakat yang sihat.

4 wanita warga asing & 2 lelaki tempatan ditahan disyaki terlibat kegiatan persundalan

Baru-baru ini, polis di daerah Penampang, Sabah telah berjaya menahan seramai empat wanita yang juga warga asing dipercayai terbabit dengan aktiviti pelacuran.

Kesemua wanita itu telah ditahan dalam satu serbuan yang dilakukan bersempena Op Nada di sebuah premis Jalan Bundusan pada 10 Oktober.

Ketika serbuan lebih kurang jam 2.40 pagi itu dibuat, polis turut bertindak menahan dua lelaki warga tempatan yang disyaki pelanggan.

Dalam operasi yang dijalankan oleh Cawangan D7, Unit Pencegahan Judi/ Maksiat dan Kongsi Gelap, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah telah membuat pemeriksaan pada empat bilik di dalam premis tersebut.

Hasil pemeriksaan 4 bilik menemui dua wanita bersama pelanggan

Hasil pemeriksaan, terdapat dua wanita dalam dua bilik terbabit sedang bersama pelanggan dipercayai melakukan aktiviti pelacuran.

Wanita warga asing itu ditahan kerana disyaki membuat aktiviti persundalan dan mereka berusia sekitar 20 hingga 30 tahun.

Manakala dua lelaki tempat berusia 20 tahun dan 30 tahun.

Polis turut merampas beberapa barangan

Polis dalam masa sama turut membuat rampasan beberapa barangan antaranya kondom, pelincir, telefon dan juga wang.

Kesemua tahanan dan barang rampasan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) untuk tindakan seterusnya, lapor kosmo.

Penahanan individu terlibat dalam aktiviti persundalan serta rampasan itu turut disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner (SAC) Azmi Abd Rahim.

Jelas Azmi, kejayaan operasi terbabit susulan risikan dan maklumat pegawai serta anggota D7 IPK Sabahdalam usaha mereka membanteras aktiviti tidak bermoral tersebut di negeri berkenaan.

Perkara itu termasuklah aktiviti persundalan yang dilakukan menerusi aplikasi di atas talian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372 B Kanun Keseksaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.