fbpx
Now Reading
Mangsa Sindiket Penipuan Kerja Di Luar Negara Dedah Direnjat Elektrik & Dikurung Dalam Bilik Gelap

Mangsa Sindiket Penipuan Kerja Di Luar Negara Dedah Direnjat Elektrik & Dikurung Dalam Bilik Gelap

Selepas terpedaya dengan tawaran kerja yang diberikan mangsa kemudian diseludup lalu dibawa ke Myanmar untuk jadi ejen ‘scammer’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu rakyat Malaysia terpedaya dengan tawaran kerja di luar negara bukanlah suatu perkara yang baharu.

Malah segelintir daripada mereka tertipu kononnya dijanjikan dengan pulangan gaji yang lumayan namun sangkaan mereka meleset apabila kemudiannya dijadikan sebagai mangsa pemerdagangan.

Lebih buruk lagi, mangsa sindiket tawaran kerja di luar negara ini turut dikurung serta diseksa sehingga menyebabkan mereka trauma.

Wanita dari Sabah cerita detik ketika jadi mangsa sindiket

Perkara sama turut dilalui oleh seorang wanita yang berusia 40 tahun ketika menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia di Myawaddy, Myanmar.

Wanita ini turut menceritakan detik hitam yang dihadapinya sebelum berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa di sana.

Kena kurung, direnjat elektrik, dipaksa makan babi

Antara perkara yang dialaminya adalah direnjat dengan elektrik, dikurung dalam sebuah bilik yang gelap manakala bagi yang Muslim pula mereka terpaksa makan babi.

Menurutnya, pada Ogos tahun lalu dia yang sebelum ini bekerja sebagai jurulatih selam telah terpedaya dengan tawaran kerja yang menawarkan gaji sebanyak 50,000 baht (RM6,525) sebagai pegawai khidmat pelanggan di Thailand.

Dia yang berasal dari Kota Belud, Sabah tetipu dengan tawaran kerja berkenaan sebelum diseledup dan dibawa ke Myanmar untuk dipaksa menjadi ejen ‘scammer’ bersama puluhan lagi individu lain yang juga menjadi mangsa.

Malah mangsa-mangsa juga dipercayai merupakan warganegara Malaysia.

“Kami tidak dapat capai target maka kami akan didenda. Macam renjatan elektrik, ada yang dipukul yang lain kadang ada yang masuk bilik hitam juga.

“Dari segi makan dan minum tiada masalah cuma yang Muslim terpaksa makan daging babi,” jelasnya dipetik BuletinTV3.

Berhabis puluhan ribu ringgit kononya sebagai wang tebusan jika nak mangsa balik

Apa yang lebih menyedihkan, keluarga wanita berkenaan turut habis puluhan ribu ringgit sebagai wang tebusan untuk membawa mangsa pulang ke Malaysia tetapi itu semua hanyalah sekadar janji palsu pihak sindiket yang tidak bertanggungjawab.

Mangsa bagaimanapun bernasib baik apabila diselamatkan oleh Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) untuk membawanya pulang itu pun selepas keluarganya meminta bantuan dari pertubuhan berkenaan.

Dia kemudian pulang sambil ditemani oleh salah seorang wakil MHO iaitu Azirul Syafiq Sazali yang mengendalikan usaha dalam menyelamatkan mangsa dengan bantuan rakan strategik di Myanmar dan pihak berkuasa di Thailand.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.